web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majoriti Puas Hati Kestabilan Politik Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 9:11AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 53 peratus responden dalam satu tinjauan pendapat berpuas hati dengan kestabilan politik di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kaji selidik itu dijalankan oleh pusat penyelidikan pendapat awam, Endeavour-MGC membabitkan 1,068 responden pelbagai kaum dengan 791 daripadanya adalah Melayu yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata.

Hasil kaji selidik itu mendapati, sebanyak 45 peratus responden Melayu berpuas hati dengan kestabilan politik, manakala hanya lapan peratus daripada semua kaum dan empat peratus responden Melayu masing-masing menyatakan sangat berpuas hati.

Gambar hiasan dari fail
Gambar hiasan dari fail

“Mengenai isu memerangi rasuah, sebanyak 48 peratus daripada semua kaum berpuas hati, manakala 43 peratus responden Melayu memberikan respons sama.

“Bagi isu agama pula, 64 peratus responden membabitkan semua kaum berpuas hati, 10 peratus sangat berpuas hati, 17 peratus tidak berpuas hati, lima peratus sangat tidak berpuas hati manakala empat peratus lagi tidak tahu.

“Sebanyak 57 peratus Melayu turut berpuas hati dengan isu agama, lapan peratus lagi sangat berpuas hati, tidak berpuas hati (24 peratus), sangat tidak berpuas hati (tujuh peratus), manakala tidak tahu (empat peratus),” menurut kajian berkenaan seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Dalam pada itu, kaji selidik terbabit turut mendedahkan, sebanyak 49 peratus dan 47 peratus, masing-masing daripada responden semua kaum dan Melayu, berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Kerajaan Perpaduan terhadap isu perubahan iklim dan alam sekitar.

Malah, sebanyak 44 peratus responden semua kaum dan 39 peratus responden Melayu bersetuju dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Perpaduan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

Menurut kaji selidik itu lagi, Anwar masih menjadi pilihan utama sebagai individu paling sesuai menjadi Perdana Menteri.

Ia mendedahkan, sebanyak 46 peratus responden daripada semua kaum dan 32 peratus responden Melayu mahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memimpin negeri untuk tempoh sekarang.

Muhyiddin Yassin - Gambar fail
Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Selain itu, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menjadi pilihan kedua sebagai Perdana Menteri dengan mendapat undian 25 peratus responden Melayu dan 17 peratus responden semua kaum.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menduduki tangga ketiga dan diikuti mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Pada masa sama, PH menjadi gabungan pilihan tertinggi yang akan diundi jika Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan esok dengan undian 39 peratus daripada keseluruhan responden.

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pula masing-masing memperoleh 17 peratus undian daripada semua kaum.

Bagaimanapun bagi responden Melayu, Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan Gerakan berada di kedudukan teratas dengan undian sebanyak 26 peratus.

Sementara itu, BN menduduki tangga kedua dengan 24 peratus diikuti PH 20 peratus.

Tinjauan pendapat awam itu dijalankan dari 4 hingga 18 April lalu, dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga dan 3.5 peratus berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung, setakat Jun 2022.

Dari segi demografi jantina dan kaum, jumlah responden lelaki dan wanita masing-masing 50 peratus manakala kaum Melayu mewakili 62.2 peratus, Cina (28.7 peratus), India (8.2 peratus) dan lain-lain (0.9 peratus).

Kesemua mereka berumur antara 18 hingga 60 tahun ke atas dengan golongan berusia 30 hingga 39 tahun adalah paling ramai iaitu 26 peratus.

Dari segi pendapatan pula, 71 peratus terdiri daripada kumpulan B40, M40 (27 peratus) dan T20 (2 peratus). – Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 38 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan