web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Termakan Biskut Ganja Buatan Bapa, Kanak-Kanak Perempuan Alami Sesak Nafas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 8:10PM

Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan sesak nafas, dipercayai akibat termakan biskut bercampur ganja yang dibuat bapanya di Lawin, Gerik, semalam. - Gambar hiasan dari Freepik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan sesak nafas, dipercayai akibat termakan biskut bercampur ganja yang dibuat bapanya di Lawin, Gerik, semalam

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin kira-kira  jam 10.26 malam semalam, yang memaklumkan mangsa berusia 11 tahun itu mengalami sesak nafas, pening dan loya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit telah termakan biskut dipercayai dicampur ganja, hasil buatan ayahnya yang bekerja sebagai penoreh getah.

“Bapa kepada kanak-kanak itu sendiri membawa anaknya ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan, selepas mangsa termakan biskut mempunyai campuran ganja yang dibuatnya sendiri.

"Selepas dibawa ke Klinik Kesihatan oleh bapanya, mangsa dihantar ke Hospital Gerik dan seterusnya dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Yusri berkata walaupun kanak-kanak itu masih menerima rawatan di hospital, namun kondisinya telah dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis melakukan serbuan di rumah penoreh getah berkenaan sebelum merampas biskut coklat campuran ganja,  dipercayai untuk kegunaan sendiri itu.

“Saringan ujian awal air kencing juga mendapati suspek berusia 38 tahun itu positif dadah tetrahydrocannabinol (THC). 

“Bapa kepada kanak-kanak itu kini direman selama lima hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 30 Mei 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan