Berita Terkini

15 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


TPM Fadillah Yakin Mesyuarat Mengenai EUDR Akan Membuahkan Hasil  

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 11:25AM

Misi mengadakan pertemuan dengan EU adalah misi bersama Indonesia, yang merupakan pengeluar terbesar minyak sawit. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BRUSSELS - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga  Menteri Perladangan dan Komoditi yakin mesyuarat mengenai Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang berlangsung di sini akan membuahkan hasil dengan penglibatan peringkat lebih tinggi.

Menurut beliau, selama ini penglibatan adalah hanya di peringkat pegawai.

“Kini komitmen adalah daripada peringkat kementerian. Bukan sahaja kementerian (malah) saya datang untuk mewakili kerajaan Malaysia, bukan sahaja sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi tetapi juga Timbalan Perdana Menteri,” katanya kepada media Malaysia pada sidang media di sini, hari ini.

Misi mengadakan pertemuan dengan EU adalah misi bersama Indonesia, yang merupakan pengeluar terbesar minyak sawit.

“Justeru, itu menunjukkan komitmen kita terhadap kemampanan dan bukan sahaja yang baik untuk Malaysia tetapi seluruh dunia,” tambahnya.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Fadillah dan misi ke EU adalah misi bersama dengan kerajaan Indonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).

Awal tahun ini, Fadillah dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO) Indonesia, Airlangga Hartarto telah sama-sama bersetuju untuk melindungi kepentingan sektor minyak sawit dengan memperkukuh usaha dalam menangani diskriminasi terhadap minyak sawit.

Jika digabungkan, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih 80 peratus kepada pasaran minyak sawit global.

Sebagai sebahagian daripada misi itu, mereka akan bertemu Pesuruhjaya Alam Sekitar, Lautan dan Perikanan, Virginijus Sinkevičius, Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah, Josep Borrell-Fontelle serta  Naib Presiden Eksekutif Eropah untuk Perjanjian Hijau dan Pesuruhjaya Tindakan Iklim Dasar,  Frans Timmermans.

Menteri-menteri itu juga akan bertemu dengan Naib Presiden Parlimen Eropah Heidi Hautala dan Pengerusi Perdagangan Antarabangsa, Bernd Lange. Selain itu, turut dijadualkan ialah majlis makan tengah hari bersama pemimpin industri dan ketua pegawai eksekutif.

“Malaysia bersedia untuk membantu EU,” kata Fadillah.

“Apa yang kita mahukan adalah lebih banyak penglibatan kerana keputusan yang diambil oleh mereka memberi kesan kepada Malaysia bukan sahaja pada perspektif ekonomi atau perdagangan tetapi juga kepada pekebun kecil.”

Malaysia mempunyai kira-kira 700,000 pekebun kecil dalam bidang pertanian, dengan kira-kira 450,000 pekebun kecil terlibat dalam sektor minyak sawit.

Oleh itu, penglibatan adalah penting dan pada masa yang sama Malaysia juga mahu EU mengiktiraf semua tindakan yang diambil oleh kerajaan selama ini.

Malaysia menekankan keperluan untuk pendekatan yang seimbang antara mencapai matlamat pembangunan dan cita-cita iklim. 

Matlamat Pembangunan Lestari/Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDGs)  kekal sebagai keutamaan utama bagi Malaysia.

Malah, definisi kelestarian PBB amat jelas iaitu kemampanan atau kelestarian sosial dan ekonomi berada pada tahap yang sama dengan alam sekitar. Dalam kebanyakan takrifan kemampanan, terdapat juga kebimbangan terhadap kesaksamaan sosial dan pembangunan ekonomi.

Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah antara inisiatif kemampanan, katanya.

Fadillah menambah dalam kalangan pengilang, 96 peratus telah mencapai pensijilan MSPO manakala dari segi perladangan 98 peratus, termasuk pekebun kecil.

Terdapat dua jenis pekebun kecil - satu yang diselenggarakan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) serta satu lagi kebanyakannya milik keluarga.

"Kita juga membantu mereka (milik keluarga) untuk memastikan mereka diperakui."

Minyak sawit adalah sumber minyak sayuran yang paling efisien.

Pokok kelapa sawit memerlukan tanah yang jauh lebih sedikit untuk menjana hasil yang sama berbanding dengan minyak-minyak lain.

"Jika anda bercakap tentang penebangan hutan, secara perbandingan dengan kacang soya atau biji sesawi dan sebagainya, minyak sawit masih paling produktif dari segi penggunaan tanah," katanya.

Minyak sawit menghasilkan lebih banyak minyak setiap hektar berbanding mana-mana tanaman minyak sayuran utama lain, iaitu 3.3 tan sehektar. Sebagai perbandingan, kacang soya menghasilkan hanya 0.4 tan sehektar.

Malaysia juga mempunyai Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) dan amalan Pengurusan Hutan Lestari (SFM), dengan tujuan untuk memudahkan akses ke pasaran tunggal EU. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Perbincangan Peruntukan Ahli Pembangkang Dibuat Dalam Masa Terdekat - Fadillah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Struktur JKMTPMA63 Disusun Semula, Beri Perhatian Perkara Berbangkit - Fadillah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Rombak Kabinet : Itu Prerogatif Perdana Menteri - Fadillah

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 2 jam yang lalu

Haji Furada: Syarikat Pelancongan Diperintah Bayar RM634,000 Kepada 25 Bekas Pelanggan