web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Sasar 75 Peratus Klien AADK Pulih Tahun Ini - Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 7:04AM

Walaupun kadar peratusan ini agak tinggi, dengan model pemulihan yang sentiasa ditambah baik, beliau yakin AADK mampu mencapainya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Kementerian Dalam Negeri menyasarkan sebanyak 75 peratus daripada 100 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pulih pada tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun kadar peratusan ini agak tinggi, dengan model pemulihan yang sentiasa ditambah baik, beliau yakin AADK mampu mencapainya

"Pada 2022, bagi setiap 100 klien AADK, 71 orang telah berjaya pulih daripada masalah ketagihan dadah dan ini perlu dikekalkan sepanjang hayat, bukannya untuk tiga empat tahun sahaja…

“Justeru itu, segala usaha kebersamaan dan sokongan berterusan masyarakat yang diberikan kepada klien adalah antara modal sosial yang penting dalam mengekalkan kepulihannya," katanya ketika berucap di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang di sini malam ini yang dirasmikan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Saifuddin Nasution juga berkata KDN berhasrat menjadikan PUSPEN sebagai institusi yang boleh memberi peluang kedua kepada individu tercicir dan tergelincir untuk mengikuti proses pemulihan berasaskan Model i-Pulih AADK yang merangkumi aspek akal, rohani serta jasmani. 

Beliau berkata modul dan silibus yang diikuti di PUSPEN disusun dengan rapi bagi membolehkan klien didedahkan dengan ilmu serta pengetahuan dalam bidang kerohanian, pengurusan diri, kesihatan dan kemahiran vokasional. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar