web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Macau Scam: Guru Dakwa Rugi RM187,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 12:15PM

Wanita berusia 36 tahun itu mendakwa dihubungi suspek pada 10 Mei lepas, yang memaklumkan terdapat waran tangkap terhadap dirinya bagi jenayah pemerdagangan manusia - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Panik menerima panggilan daripada 'polis' Bukit Aman menyebabkan seorang guru kerugian RM187,000 selepas panggilan itu sebenarnya dibuat anggota sindiket Macau Scam. 

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata wanita berusia 36 tahun itu mendakwa dihubungi suspek pada 10 Mei lepas, yang memaklumkan terdapat waran tangkap terhadap dirinya bagi jenayah pemerdagangan manusia. 

"Mangsa yang panik kemudiannya telah menurut arahan suspek untuk memindahkan wang simpanannya ke sebuah akaun yang dimaklumkan bagi tujuan siasatan serta menyerahkan semua maklumat perbankan secara dalam talian kepada suspek. 

"Malah, mangsa juga membuat pinjaman peribadi berjumlah RM130,000 yang dimasukkan ke dalam akaun itu, juga atas arahan suspek," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. 

Beliau juga menasihatkan orang awam untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada pihak ketiga, selain segera membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa jika menerima panggilan mencurigakan. 

Semakan nombor telefon dan akaun bank juga boleh dibuat melalui Check Scammers CCID atau di https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa penipuan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar