web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HAWANA: 'Pengumuman Penting' Anwar Dinanti Pengamal Media

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 9:23AM

Karnival Mini HAWANA 2023 diteruskan hari ini yang menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung dengan aktiviti seperti slot interaksi bersama personaliti Bernama, sesi ‘pocket talk’ ‘sayadigital’ serta sesi temu mesra bersama artis dan selebriti tempatan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Hari yang dinanti-nantikan kira-kira 1,000 pengamal media yang berkampung di sini bermula Jumaat lepas bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, kini tiba dengan tumpuan semestinya kepada ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang ini. 

Pastinya ia detik yang dinantikan seluruh pengamal media di negara ini lebih-lebih lagi selepas Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil semalam mengesahkan Perdana Menteri akan membuat beberapa pengumuman penting berkenaan hala tuju industri media. 

Anwar pada majlis sambutan hari ini juga akan menyampaikan bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada tiga penerima terdiri daripada wartawan veteran yang menghadapi masalah daripada aspek kesihatan dan kesukaran hidup.

Sebelum acara kemuncak pada sebelah petang, antara tumpuan HAWANA 2023 yang bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” pada sebelah pagi hari ini semestinya forum media anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).

Forum bertemakan “Masa Depan Media” itu akan dirasmikan Fahmi dan dijangka disertai kira-kira 150 peserta merangkumi wartawan, koresponden dan ahli akademik dari Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia, China, Jepun, Kuwait selain Malaysia.

Sambutan HAWANA 2023 membuka tirai semalam dengan pelepasan “Media Hunt HAWANA”, iaitu pertandingan mencari harta karun bermula dari Wisma Bernama di Kuala Lumpur ke Ipoh melibatkan kira-kira 120 peserta dengan hampir 40 kenderaan yang disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Ni Ching.

Karnival Mini HAWANA 2023 diteruskan hari ini yang menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung dengan aktiviti seperti slot interaksi bersama personaliti Bernama, sesi ‘pocket talk’ ‘sayadigital’ serta sesi temu mesra bersama artis dan selebriti tempatan.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Sambutan HAWANA 2023 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pelaksanaannya dikendalikan Bernama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Wartawan Luar Mahu Pelajari Amalan Terbaik, Pengetahuan Bernilai Di HAWANA 2024

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Wartawan Kritikal Di London, Fahmi Minta Dana Tabung Kasih @HAWANA Disalurkan Segera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Wartawan Sambilan Terlantar Terima Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

4

Semasa 3 tahun yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar