web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anjur Perhimpunan Kerajaan Gagal, Warga Indonesia Dikompaun RM1,500

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 8:17PM

ACP Peter Umbuas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Padah menganjurkan perhimpunan haram ‘Kerajaan Gagal’, seorang lelaki warga Indonesia dikenakan kompaun RM1,500 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Rabu lalu.

Terdahulu, lelaki berusia 34 tahun dan memiliki pasport perjalanan sah itu, didakwa menjadi penganjur perhimpunan berkenaan, Selasa lalu, pada jam 5.30 petang di Pusat Komersial Bahzong, di sini.

Dia bersama-sama kira-kira 20 individu berhimpun tanpa mengamalkan penjarakan sosial, sambil memegang kain rentang dengan tulisan #kerajaangagal serta ucapan Hari Raya Aidilfitri.

Difahamkan, kumpulan berkenaan berhimpun dan bergambar di situ sebelum berpindah ke lokasi lain untuk berbuka puasa beramai-ramai.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner (ACP)  Peter Umbuas berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu selepas beberapa keping gambar mereka tular di media sosial.

“Sehubungan itu, polis telah menahan seorang lelaki iaitu penganjur program tersebut pada 12 Mei lalu bagi membantu siasatan sebelum dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana ingkar arahan PKP.

“Polis juga sedang mengesan beberapa individu lain yang turut terlibat dalam perhimpunan berkenaan bagi membantu siasatan atas kesalahan yang sama dan berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Peter turut memberi amaran keras kepada warga asing yang menetap di daerah ini agar tidak terbabit dalam sebarang salah laku termasuk berkaitan hasutan sehingga memberi imej negatif kepada negara.

“Tindakan tegas akan diambil kerana mereka ‘orang luar’ termasuk mencadangkan agar dokumen perjalanan (pasport) mereka ditarik semula atau dibatalkan,” katanya. - Getaran, 15 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad