Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Gang Bang JB Party: PBT Jangan Diam Diri, Batalkan Permit, Lesen

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 9:45PM

Tular sekeping poster menerusi Twitter bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang mempromosikan pesta seks bebas dan bakal berlangsung pada 20 Jun ini dari jam 4 petang hingga 9 malam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) digesa membatalkan serta-merta permit serta lesen penganjur pesta seks bebas ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual berlangsung di daerah berkenaan pada 20 Jun depan.

Yang Dipertua ABIM Johor, Farhan Ashari berkata, sekiranya tiada halangan dilaksanakan pihak berwajib, penganjuran acara itu jelas memberi imej buruk kepada kerajaan negeri yang sentiasa memartabatkan Islam. 

Menurutnya, ABIM Johor membantah sekeras-kerasnya penganjuran pesta terbabit, bagi memastikan seluruh rakyat Johor terhindar daripada aktiviti maksiat dan tidak bermoral.

“ABIM Johor menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membatalkan serta-merta (permohonan) penganjuran Gang Bang JB Party. Sudah termaktub dalam Fasal 57, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor bahawa ‘Adalah yang dikatakan ‘Agama Negeri’ bagi jajahan dan Kerajaan Johor ini iaitu Islam’. 

‘Justeru, demi memastikan rahmat Islam tersebar ke seluruh masyarakat, program ini mesti dibatalkan serta-merta,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Rabu lalu, tular sekeping poster menerusi Twitter bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang mempromosikan pesta seks bebas.

Acara berkenaan dikatakan terbuka untuk semua kaum, namun peserta tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.

Difahamkan, mereka yang mahu menyertainya diminta supaya membawa kondom dan tuala sendiri.

Bakal berlangsung pada 20 Jun ini dari jam 4 petang hingga 9 malam, acara terbabit turut mendapat tentangan Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid yang memberi jaminan acara sedemikian akan diharamkan di Johor.

Beliau menegaskan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah diarah mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan, bagi mengelakkan orang ramai melakukan kegiatan tidak bermoral.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin, memberi amaran keras kepada penganjur ‘Gang Bang JB Party’ agar membatalkan acara berkenaan atau berdepan tindakan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penganjuran acara seumpama itu menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu, Farhan berkata, pihaknya menyambut baik tindakan pantas kerajaan Johor dan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan terperinci terhadap ‘Gang Bang JB Party’. 

Tegasnya, beliau yakin kerajaan negeri mampu menyelesaikan isu terbabit susulan JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di Johor Bahru, Disember tahun lalu. 

“ABIM Johor menyambut baik seruan pihak kerajaan Johor melalui EXCO Hal Ehwal Agama Islam, yang membantah sebarang penganjuran aktiviti tidak bermoral di Johor

“Kita juga merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak polis dan JAINJ yang melakukan siasatan dan menghalang program tidak bermoral terbabit dilaksanakan,” katanya. - Getaran, 27 Mei 2023.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'

Semasa 12 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 21 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia