web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doktrin Raja Berpelembagaan, Demokrasi Berpalimen 'Sauh' Kerajaan Stabil - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 3:08PM

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan bergambar kenangan pada majlis pelancaran buku 'Kedaulatan Malaysia: Governan Utama Negara di sebuah hotel di ibu kota, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemahaman terhadap doktrin raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen berupaya menjadi ‘sauh’ dalam mewujudkan kerajaan yang stabil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah ia juga akan membantu mewujudkan sebuah kerajaan dengan budaya tadbir urus yang telus dan terpuji, seterusnya mendapat keyakinan, penerimaan serta sokongan rakyat.

“Doktrin raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen mengandungi semangat luhur yang perlu difahami. Doktrin itu jika difahami semangatnya, dihayati lalu diamalkan akan mewujudkan sistem pemerintahan yang saling mengimbangi dan sistem berkerajaan yang saling melengkapi,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada pelancaran buku 'Kedaulatan Malaysia: Governan Utama Negara’, karya Pensyarah Undang-Undang Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, di sini, hari ini.

Titah baginda, buku itu diterbitkan dengan tujuan memberi pencerahan maksud kedaulatan di sisi falsafah undang-undang di samping menghuraikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja sebagai tonggak kedaulatan Malaysia.

Baginda bertitah raja berperlembagaan berupaya dan bersedia memenuhi tanggungjawab dengan memenuhi peranan mekanisme semak dan imbang. 

“Dengan hikmah dan kebijaksanaan, Raja-raja Melayu sebenarnya berada dalam kedudukan yang berupaya memenuhi peranan pelengkap untuk membantu mengukuhkan kerajaan yang dibentuk berlandaskan sistem demokrasi berparlimen. 

“Demi kesejahteraan rakyat, demi kemakmuran negara, takhta, cabang legislatif, cabang eksekutif dan cabang kehakiman, wajib merangkaikan jalinan kerjasama dalam semangat saling melengkapi di samping memenuhi peranan semak dan imbang, untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat, dan sebuah negara Malaysia yang mengamalkan tadbir urus yang terserlah,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Melawat Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Hina Sultan Perak, Wanita Direman 4 Hari

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wanita Disyaki Muat Naik Video Hasutan Terhadap Sultan Perak Ditahan - Bukit Aman

4

TARA 3 tahun yang lalu

Lost World Of Tambun Siap Sedia Sambut Kehadiran 40,000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad