web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Melawat Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 3:49PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah melihat perkembangan terkini harimau yang dirawat di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, dekat sini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan menyertai Seri Paduka dalam lawatan tersebut yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengenai operasi NWRC dan menyaksikan sendiri inisiatif konservasi hidupan liar di pusat itu termasuk Harimau Malaya, Beruang Matahari, tapir dan seladang.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melepaskan burung Murai Batu yang merupakan hasil rampasan sebagai simbolik lawatan sulung Seri Paduka.

NWRC ditubuhkan sebagai pusat menyelamat iaitu penempatan sementara hidupan liar yang dirampas di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

Pusat itu menjalankan aktiviti konservasi Harimau Malaya secara ‘ex situ’ seperti menjalankan operasi menyelamat, rehabilitasi, husbandri, rawatan dan kawalan penyakit, penyelidikan dan pembiakan menggunakan teknologi terkini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad