web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sambutan HAWANA 2023 Iktiraf Peranan Media Kini Bermula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 11:49AM

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, sambutan yang diadakan hingga 29 Mei itu dimulakan dengan pertandingan mencari harta karun “Media Hunt HAWANA” dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang disertai oleh kira-kira 150 peserta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bagi mengiktiraf peranan pengamal media di Malaysia, membuka tirainya hari ini, kali ini di Ipoh.

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, sambutan yang diadakan hingga 29 Mei itu dimulakan dengan pertandingan mencari harta karun “Media Hunt HAWANA” dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang disertai oleh kira-kira 150 peserta.

Hampir 40 kenderaan bergerak dari Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di ibu negara yang dilepaskan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Ni Ching kira-kira 8 pagi tadi.

Konvoi itu dijangka tiba di Mydin Mall Meru pada 3 petang ini, tempat berlangsungnya Karnival Mini HAWANA yang turut menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung, juga bermula hari ini.

Karnival yang akan bermula pada 10 pagi hingga 6 petang itu dimeriahkan dengan aktiviti seperti slot interaksi bersama personaliti Bernama, sesi pocket talk “sayadigital” serta sesi temu mesra bersama artis dan selebriti tempatan, selain pertandingan mewarna dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Acara itu turut disertai agensi termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), RTM, CyberSecurity Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Wartawan Sarawak (Media Sarawak), Jabatan Penerangan (JaPen), Tourism Perak, Tourism Selama dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pada pukul 1 tengah hari ini, akan berlangsungnya kejohanan boling di Ipoh Bowl, Aeon Kinta City melibatkan dua kategori iaitu berpasukan yang disertai kira-kira 100 pengamal media mewakili 18 pasukan dengan sembilan daripadanya ialah media dari Perak, manakala empat lagi pemain akan berentap dalam kategori pegawai kanan. 

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Kali pertama HAWANA diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur, namun terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19 sebelum dianjurkan kembali di Melaka tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

2

Semasa 3 tahun yang lalu

150 Pakar, Pemain Industri Berkumpul Pada Forum HAWANA Bincang Masa Depan Media

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wartawan Umpama Adiwira Tangani Berita Palsu - Teo

4

Semasa 3 tahun yang lalu

HAWANA 2023 Himpun Lebih 1,000 Pengamal Media Di Perak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan