web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permintaan Durian Berkurangan Akibat Cuaca Panas Berpanjangan - Pekebun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 1:48PM

Menurut pekebun juga, harga raja buah itu juga jatuh sejak dua minggu lalu berikutan permintaan yang kurang - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara kini, bukan sahaja menyebabkan permintaan terhadap durian semakin berkurangan, malah turut menjejaskan hasil pengeluaran raja buah itu, kata pengusaha dan pemilik 8321 Durian Plantation Yeap Gaun Fong.

Yeap, 45, berkata hasil tuaian musim durian kali ini adalah 30 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu.

“Semasa pokok durian berbunga, terdapat gugusan putik durian,  tetapi cuaca panas menyebabkan putik durian ini gugur.

"Cuaca panas menyebabkan orang kurang makan durian. Ramai pembeli datang, tetapi mereka hanya membeli sebiji atau dua biji buah...mereka tak berani nak makan durian," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut beliau, harga raja buah itu juga jatuh sejak dua minggu lalu berikutan permintaan yang kurang.

Yeap, yang memiliki enam ladang durian di seluruh Pulau Pinang, menambah bahawa berlaku kira-kira 50 peratus penurunan harga durian musim ini berbanding tahun lepas.

“Dua minggu lalu, saya menjual durian Musang King gred A pada harga RM75 sekilogram (kg) dan kini hanya RM50 sekilogram… Durian Udang Merah pada mulanya dijual pada harga RM50 sekilogram, dan kini hanya RM35 sekilogram… manakala durian kampung kini dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini,” katanya.

Memandangkan musim durian baru bermula tiga minggu lalu, beliau berkata sukar untuk diramal sama ada musim ini memberi untung atau sebaliknya.

"Kami perlu menunggu sehingga pertengahan atau akhir musim untuk mengetahui sama ada kami dapat untung atau rugi kali ini. Mungkin terdapat peningkatan permintaan semasa cuti sekolah minggu depan," tambahnya.

Ladang Durian 8321 dan gerai tepi jalan milik beliau terletak di Jalan Teluk Bahang dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 8 malam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

4

Rencana 2 tahun yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam