web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Black Eagles Korea Curi Tumpuan Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 7:20AM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan bukan sahaja disebut-sebut dan menjadi bualan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23), namun turut mencuri tumpuan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Walaupun dalam cuaca panas terik, Seri Paduka berkenan meluangkan masa melihat sendiri pesawat tempur ringan KAI T-50B itu dengan lebih dekat di landasan terbang, kawasan berhadapan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) yang menempatkan pameran pesawat pelbagai negara. 

“Saya juga juruterbang,” titah Agong dalam nada berseloroh ketika ingin naik ke pesawat berkenaan. 

Seri Paduka meluangkan masa kira-kira 10 minit di dalam pesawat tempur ringan KAI T-50B Golden Eagle berkenaan, sambil mendengar penerangan daripada salah seorang juruterbang. 

Seri Paduka, yang diiringi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Korea Aerospace Industries (KAI) Kang Goo Young, turut sekali-sekala menggunakan beberapa perkataan Korea seperti 'kamsahamnida' yang bermaksud 'terima kasih' sepanjang lawatan itu. 

Turut mengiringi Seri Paduka sepanjang lawatan berkenaan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Anthony Loke  dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Sebelum ini, aksi memukau Black Eagles yang menampilkan formasi utama ‘Taeguk’, iaitu bendera Korea Selatan menerusi penggunaan asap daripada pesawat terbabit, menjadi antara yang ditunggu-tunggu orang ramai dan mereka yang berada di Langkawi sempena LIMA ’23, 

Penampilan sulung pasukan aerobatik “Black Eagles” Republic Of Korean Air Force (ROKAF) adalah pada 2017 menerusi penyertaan lapan pesawat latihan T-50B Golden Eagle yang dibangunkan KAI.

Terdahulu, Seri Paduka turut berkenan melawat beberapa reruai seperti MyAirline dan Kementerian Pengangkutan di MIEC, dan meninjau keadaan serta melihat reka bentuk di dalam pesawat E195-E2 Embraer Commercial Jet.

Jet E195-E2 adalah pesawat satu lorong, menggunakan bahan api dan pelepasan bunyi paling rendah, berkapasiti 136 tempat duduk penumpang dengan jarak penerbangan kira-kira tujuh jam.

Yang di-Pertuan Agong turut berangkat menghadiri majlis menandatangani perjanjian antara SKS Airways, Embraer and Azorra di MIEC, yang turut disaksikan Loke. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam