web statsweb stats

Berita Terkini

47 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 48 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKM Sedang Berunding Dengan GACC Untuk Tembusi Pasaran Durian Segar Ke China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 7:08AM

Chan Foong Hin berkata usaha ini dilakukan selepas kejayaan mendapatkan pasaran nangka segar ke China - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Jabatan Pertanian sedang dalam proses untuk mengadakan rundingan dengan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) bagi mendapatkan akses pasaran buah durian segar ke China.

Timbalan Menterinya Chan Foong Hin berkata usaha ini dilakukan selepas kejayaan mendapatkan pasaran nangka segar ke China.

“Walau bagaimanapun, faktor ketahanan pada suhu bilik (shelf life) menjadi cabaran kepada Malaysia untuk mengekalkan tahap kesegaran dan kualiti buah durian yang dieksport.

“Pengeksportan durian ke China dalam bentuk segar memerlukan buah durian dituai sebelum tempoh matang penuh bagi memastikan kulit buah durian tidak merekah apabila tiba di negara China,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan KPKM, di sini semalam.

Chan berkata berbanding negara jiran, durian dari Malaysia dituai ketika buah mencapai kematangan dan luruh, menjadikan tempoh ketahanan buah lebih singkat dan sukar untuk diekport secara segar ke destinasi yang jauh seperti China.

Beliau berkata disebabkan itu, Malaysia menggunakan teknologi sejuk beku terkini cryogenic deep freezing supaya buah durian dapat mengekalkan kualiti dalam tempoh yang lama.

“Sekiranya Malaysia mendapat laluan pasaran durian segar ke China, pengusaha-pengusaha durian tempatan perlu bersedia dengan teknik penuaian buah yang dapat memanjangkan tempoh ketahanan buah pada suhu bilik,” katanya.

Sementara itu, bagi memperkasakan pasaran durian Malaysia di luar negara dan meningkatkan kesedaran pengguna di peringkat antarabangsa, KPKM menerusi Pejabat Perwakilan Pertanian di luar negara bersama-sama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekuturan (FAMA) juga aktif menjalankan program promosi termasuk menyertai pameran perdagangan dan menganjurkan program promosi durian.

Chan berkata pada 2022, sebanyak 25 program promosi luar negara yang telah disertai atau dianjurkan di luar negara oleh KPKM bersama-sama agensi di bawahnya.

“Pada 2023, sebanyak 38 program promosi dirancang untuk dilaksanakan oleh KPKM,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar