web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiger Stripes Karya Anak Malaysia Lakar Sejarah Di Festival Filem Cannes

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 7:00PM

Pencapaian membanggakan itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi Facebook. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Filem Malaysia, Tiger Stripes mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai filem arahan anak tempatan pertama memenangi anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

Pencapaian membanggakan itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi Facebook.

“Tahniah filem Tiger Stripes mencipta sejarah, filem arahan anak Malaysia pertama yang merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

“Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut memuat naik poster filem itu dengan ucapan tahniah atas kejayaan diraih berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan, kemenangan itu sekali gus melayakkan filem arahan Amanda Nell Eu terbabit meraih wang tunai EURO10,000 (kira-kira RM50,000).

Diterbitkan syarikat Ghost Grrrl Pictures yang turut diasaskan Amanda, Tiger Stripes berkisar mengenai seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami tekanan dan perubahan drastik sewaktu mencapai usia akil baligh.

Memetik laporan portal Screen Daily, Presiden Juri Minggu Kritik Festival Cannes Audrey Diwan berkata, filem itu tidak kelihatan seperti terlalu mencuba untuk memuaskan cita rasa umum, sebaliknya tegas mengangkat suara tersendiri.

Filem itu mengetengahkan beberapa pelakon baharu, seperti Zafreen Zairizal dan Deena Ezral, selain bakat senior, Fatimah Abu Bakar serta Shaheizy Sam.

Malah, filem berbahasa Malaysia itu juga dicalonkan untuk anugerah kategori filem pertama terbaik, namun keputusan masih belum diumumkan.

Sebelum ini, hanya tiga filem arahan anak tempatan pernah dipilih dipertandingan di Festival Cannes, iaitu Kaki Bakar arahan U-Wei Saari (1995), Karaoke (Chris Chong Chan Fui) (2009) dan The Tiger Factory (Woo Ming Jin) (2010).

Festival Filem Cannes adalah festival filem tahunan diadakan di Cannes, Perancis yang menayangkan filem baharu daripada semua genre, termasuk dokumentari dari seluruh dunia.

Diasaskan pada tahun 1946, festival itu diadakan setiap tahun yang biasanya berlangsung Mei. – Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar