web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Akan Dapat Pesawat FA-50 Fighting Eagle Dengan Keupayaan Tertinggi - CEO KAI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:33PM

Varian FA-50 Block 20 yang akan dibeli Malaysia adalah lebih canggih dan berkeupayaan lebih tinggi. - Gambar Korea Aerospace Industries (KAI)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Apabila Kementerian Pertahanan memeterai perjanjian pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 “Fighting Eagle” dengan Korea Aerospace Industries (KAI) esok, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selaku pengendali jet pejuang itu akan mendapat varian dengan keupayaan tertinggi, “Block 20”.

Bercakap secara ekslusif menerusi penterjemah kepada Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif KAI Kang Goo-Young berkata varian FA-50 Block 20 yang akan dibeli Malaysia adalah lebih canggih  dan berkeupayaan lebih tinggi jika dibandingkan dengan FA-50 yang dikendalikan Tentera Udara Republik Korea Selatan (ROKAF) dan negara-negara lain.

Buat masa ini, hanya TUDM dan Tentera Udara Poland memilih untuk varian terkini “Fighting Eagles”.

“Pesawat FA-50 Block 20 untuk tentera udara Poland dan Malaysia adalah versi terkini  FA-50 dan dengan keupayaan tertinggi. Saya ingin katakan keupayaan pesawat itu untuk Poland dan Malaysia adalah serupa.  

Terdapat perbezaan antara FA-50 yang dikendalikan ROKAF dan Block 20 yang dieksport ke Malaysia dan Poland. Perbezaannya ialah versi Korea dikendalikan ROKAF tidak mempunyai radar “Active Electronically Scanned Array”  (AESA) tetapi hanya radar konvensional dan juga tidak dilengkapi dengan alat untuk mengenal pasti sasaran  (Targeting Pod) dan sistem mengisi minyak.” 

“Jadi, kami boleh katakan versi eksport Block 20 adalah yang paling kemas kini, dan versi terkini FA-50 yang telah dinaik taraf,” kata beliau.  

Tahun lepas, Poland menandatangani perjanjian dengan KAI untuk membeli 48 FA-50 untuk tentera udaranya.

Selain Malaysia, pengendali varian awal pesawat tempur ringan T-50/FA-50 di Asia Tenggara adalah Thailand, Filipina dan Indonesia.  

Diwawancara di luar edisi ke-16 Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) yang bermula semalam, Kang juga mendedahkan sebagai sebahagian daripada Program Kolaborasi Industri (ICP) dengan kerajaan, 14 daripada pesawat FA-50 Block 20 akan menjalani pemasangan peringkat akhir di Malaysia.   

Empat lagi pesawat pejuang itu akan dipasang di Korea Selatan, katanya sambil menambah KAI dijangka menghantar secara berperingkat pesawat itu ke Malaysia bermula pada Oktober 2026. 

Untuk memulakan projek itu dan memenuhi tempahan Malaysia, gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu akan membeli bahan mentah yang diperlukan dan memperoleh komponen utama yang akan digunakan pada pesawat pejuang versi Malaysia itu. 

“Ada peralatan baharu yang kami akan pasang seperti radar, sistem pengisian bahan api dan penggabungan alat untuk mengenal pasti sasaran pada pesawat itu. 

Kami akan menempah terlebih dahulu dan melakukan penyelidikan dan pembangunan terkehadapan untuk melakukan penghantaran ke Malaysia pada 2026, “ katanya.

Menurut maklumat yang diperoleh Bernama, varian FA-50 Block 20 TUDM dan Poland akan dilengkapkan dengan keupayaan baharu yang tiada pada varian lain seperti radar AESA “PhantomStrike” yang dibangunkan oleh syarikat Amerika Syarikat , Raytheon,  “probe” untuk pengisian bahan api di udara  Cobham dan alat mengenal pasti sasaran termaju “Sniper” dan lain-lain.

Varian terkini FA-50 juga berkeupayaan untuk membawa bom berpandu tepat dan lain-lain senjata   canggih. - Bernama

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Nahas Hornet: PM Zahir Simpati, Arah Siasatan Menyeluruh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Minat Mendalam, Ingin Pertahan Kedaulatan Negara Dorong Sertai TUDM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Latihan Menembak: Lembaga Penyiasatan Terdiri Daripada Pakar Letupan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan