web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Pelatih Kerajaan Tidak Menerima Bayaran Elaun? – Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 6:00PM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Dewan Rakyat terdapat pelatih yang berkhidmat di kementerian dan agensi kerajaan yang masih tidak menerima bayaran elaun.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada pelatih.

Menurut beliau, susulan keputusan Kabinet pada 2019, semua pelatih wajib dibayar elaun.

“Bayaran yang belum dibayar kepada mereka bukan sedikit. Susulan pindaan itu, elaun meningkat daripada RM300 kepada purata RM850 hingga RM900.

“Jadi mengapa ada agensi dan kementerian mengkhianati belia ini yang dijanjikan bayaran?” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab dakwaan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud menegaskan tiada akta khusus untuk mewajibkan bayaran elaun kepada pelatih.

Bagaimanapun, beliau memuji tindakan Syed Saddiq yang membangkitkan perkara penting yang mendorong pihaknya untuk mengkaji cara memastikan pelatih menerima elaun.

“Ini adalah peringatan penting, terutama kepada kementerian yang mempunyai pelatih, untuk mengkaji cara bagi memastikan mereka (pelatih) dibayar.

“Saya juga tidak fikir ada undang-undang khusus untuk mewajibkan pelatih dibayar elaun.

“Ini adalah sesuatu yang kami anggap penting, dan kami akan membawa cadangan Ahli Parlimen Muar ke Parlimen,” katanya. – The Vibes, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecuali Setahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan