web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Komited Dalam Pemerkasaan Belia - PM Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 10:34AM

Muhyiddin berkata kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif khusus untuk belia di bawah Inisiatif ke-19: Prihatin Belia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk terus membantu belia melalui usaha pemerkasaan belia ke arah pembangunan modal insan yang lestari dan berinovasi tinggi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata justeru, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan khususnya untuk warga belia melalui pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

“Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif khusus untuk belia di bawah Inisiatif ke-19: Prihatin Belia.

“Kesemua usaha ini adalah demi memastikan supaya segala dasar dan inisiatif kerajaan sentiasa kekal relevan dengan mengambil kira aspirasi dan keperluan semasa golongan belia,” katanya dalam Amanat Hari Belia Negara 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Belia dan Sukan hari ini.

Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia turut mengambil inisiatif untuk merangka Model Pembangunan Belia Baharu.

Model ini katanya bertujuan sebagai pelengkap bagi menyokong dan menambah baik mekanisme Dasar Belia Malaysia 2015-2035 sedia ada agar selari dengan dasar dan polisi terkini seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan.

Selain itu tumpuan juga akan diberi kepada usaha menangani cabaran belia terutamanya pasca-COVID-19 serta mempersiap anak muda dalam menghadapi arus perubahan landskap digital yang merangkumi bidang kemahiran.

Ini termasuk menghakupayakan belia melalui pemikiran analitik dan inovasi, kecekapan pengurusan teknologi baharu dan penekanan budaya inovasi dan kreativiti, katanya.

“Usaha KBS untuk memartabatkan pekerja belia melalui pengiktirafan profesion pekerja belia juga merupakan antara inisiatif jangka panjang yang dapat memperkukuh ekosistem pembangunan belia yang kondusif.

“Ini dilakukan melalui peningkatan kemahiran pekerja belia ke peringkat profesional selain memberi nilai tambah kepada penggiat belia sebagai ejen yang membawa perubahan positif kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan pencapaian barisan belia negara yang menempa kejayaan dan mengharumkan nama negara walaupun dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19.

Mereka termasuk dua remaja Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Harvard College di Amerika Syarikat.

Beliau juga berbangga dengan kejayaan atlet negara iaitu jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia yang merangkul kejuaraan Kejohanan All England 2021 Mac lalu dan Pandelela Rinong yang berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Terjun Piala Dunia (FINA 2021).

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom yang mengungguli Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Australia.

Hari Belia Negara disambut pada 15 Mei setiap tahun dan pada tahun ini sambutan tersebut dirai secara sederhana dengan mengekalkan tema sama dengan tahun lalu iaitu “Dekad Ini Dekad Anda”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad