web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trend Meningkat! Hampir 50 Peratus Pelajar Lepasan SPM Tak Sambung Belajar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 7:11AM

Fadhlina Sidek berkata, angka tersebut menunjukkan trend peningkatan berbanding seramai 115,939 pelajar atau 35.16 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 180,680 atau 48.74 peratus pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada 2021.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, angka tersebut menunjukkan trend peningkatan berbanding seramai 115,939 pelajar atau 35.16 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, statistik tersebut diperoleh menerusi sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM) yang dibangunkan KPM bagi mengesan pelajar lepasan SPM untuk mengumpul status mereka selepas tamat Tingkatan 5.

“Berdasarkan sistem ePKM, statistik menunjukkan pada 2020, sebanyak 35.16 peratus (115,939) dilaporkan tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pada 2021 pula, data statistik sistem ePKM menunjukkan sebanyak 48.74 peratus (180,680) murid lepasan SPM tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mengenai statistik pelajar lepasan SPM yang tidak mahu menyambung pengajian dari 2020 hingga 2022 dan usaha KPM bagi menangani isu tersebut.

Bagi membendung peningkatan trend itu, Fadhlina berkata, KPM melaksanakan program pembangunan diri murid dan pendidikan kerjaya di sekolah bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan belajar, mengembangkan potensi, kecenderungan, sikap, minat dan hala tuju kerjaya.

Katanya, program itu penting agar murid dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta jati diri yang tinggi.

“KPM sentiasa komited meningkatkan motivasi murid melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi pembangunan dan pertumbuhan mampan negara.

“Pelbagai langkah dan inisiatif turut dilakukan bagi menggalakkan murid meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

“Ini termasuk penganjuran Program SUKSES Karnival Kerjaya Murid dengan kerjasama universiti awam dan swasta serta agensi lain yang menawarkan biasiswa dan pinjaman pengajian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, guru bimbingan dan kaunseling (GBK) juga diberikan pendedahan kepada maklumat berkaitan pendidikan tinggi serta kerjaya terkini selaras dengan peranan mereka sebagai pakar rujuk kerjaya di peringkat sekolah menengah.

“Sebagai contoh, KPM melaksanakan mobilisasi sumber dengan kementerian lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

“Ia termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Financial Industry Collective Outreach (FINCO) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC),” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, KPM mengakui kadar gaji yang rendah dan tidak banyak berubah setelah sekian lama menjadi antara cabaran dalam memastikan pelajar terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Kanan Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kadar gaji yang ditawarkan tidak banyak berubah sejak dahulu lagi dan pada masa sama kos sara hidup terus meningkat.

Malah, pada 31 Julai lalu, media melaporkan satu kaji selidik oleh Jabatan Pe­rangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.

Walaupun data tersebut adalah dari 2019, tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021.

Mengikut data kajian pada 2019, membabitkan 560,000 calon SPM yang mengambil peperiksaan namun, selepas keputusan diumumkan, hanya kira-kira 170,000 memilih menyambung pengajian manakala baki­nya 390,000 memasuki pasaran kerja.

Tiga faktor utama mereka yang berusia 17 hingga 18 tahun tidak minat menyambung pelajaran ialah banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig, terpengaruh menjadi pempengaruh di media sosial dan beranggapan belajar tinggi bukan jaminan mendapat pekerjaan lebih baik. – Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad