Berita Terkini

1 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 1 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 1 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 1 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 1 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Tiada Aduan Rasmi Diterima Mengenai ‘Ulat Tiket’ Konsert Coldplay – Salahuddin

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 5:09PM

Salahuddin berkata pihaknya hanya mengesan 28 "aduan umum" daripada orang ramai melalui pemantauan terhadap laman media sosial dalam talian. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup masih belum menerima sebarang aduan rasmi daripada pengguna berhubung isu tiket Coldplay yang dijual semula oleh scalper atau ulat tiket.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya hanya mengesan 28 "aduan umum" daripada orang ramai melalui pemantauannya terhadap laman media sosial dalam talian seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

“Aduan adalah bersifat umum di mana (pengguna) memaklumkan (pengikut mereka) bahawa tiket Coldplay dijual daripada platform dalam talian tidak rasmi.

“Ada netizen membuat bising di media sosial dan kami (kementerian) baru mendengarnya. 28 aduan itu tidak spesifik kerana tiada mangsa yang membuat laporan. Jadi tidak ada prima facie bahawa mereka benar-benar ditipu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di Parlimen, hari ini.

Salahuddin Ayub - Gambar fail
Salahuddin Ayub - Gambar fail

Menggesa orang ramai tampil membuat laporan polis jika mempunyai bukti ditipu ‘ulat tiket’, Salahuddin turut memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat perkara itu mengikut undang-undang berkaitan.

“Jika anda rasa anda telah menjadi mangsa, atau jika anda sudah menerima e-tiket anda ketika (penganjur konsert Coldplay) Live Nation Malaysia masih belum mengeluarkannya, sila buat laporan,” katanya.

Mengulangi nasihatnya kepada orang ramai untuk membeli tiket daripada sumber yang sah, Ahli Parlimen Pulai itu berkata, adalah "tepat pada masanya" untuk melihat bagaimana undang-undang perlu dipinda untuk mengekang ‘ulat tiket’ khususnya, memandangkan tiket untuk acara sukan atau bas boleh terjejas pada masa depan.

Sementara itu, Fahmi berkata, dalam mesyuarat yang dihadirinya semalam yang melibatkan wakil kementerian Salehuddin dan Live Nation, pihak penganjur mendedahkan terdapat 700,000 percubaan untuk membeli tiket Coldplay.

“Sebanyak 71,000 tiket telah dijual manakala terdapat 26,000 transaksi yang berjaya melalui kad kredit berbeza.

"Live Nation tidak dapat menjelaskan kepada kementerian sama ada mereka yang membeli tiket itu menggunakan bot atau sebarang program seumpamanya,” katanya.

Sebelum ini, netizen mengecam Live Nation Malaysia dan platform tiket, Go Live Asia kerana pengurusan penjualan tiket yang lemah dan berkemungkinan membenarkan scalper mengambil kesempatan ke atas pembeli yang terdesak dan mengaut keuntungan dengan cepat.

Ia berlaku selepas tiket pra-jualan untuk kumpulan rock Britain itu habis dijual dalam beberapa jam Rabu lalu, dengan lebih 400,000 peminat beratur untuk membelinya.

The Vibes juga melaporkan bahawa seorang mangsa membeli tiket daripada pengguna Twitter tetapi segera disekat selepas dia memindahkan wang tersebut.

Bagaimanapun, mereka yang berjaya membeli tiket dikehendaki memasukkan nombor MyKad mereka, dan ia akan dipaparkan pada tiket tersebut.

Kementerian selepas itu menggesa penjual supaya lebih beretika semasa menjalankan perniagaan, dan tidak melanggar sebarang undang-undang. —The Vibes, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

Sukan 19 jam yang lalu

Tiket Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya Mula Dijual Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Lulus BIW Ganti BISS, BISM Untuk Anggota ATM Berkuat Kuasa 1 Julai - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kepercayaan, Saling Menghormati Tingkatkan Hubungan Malaysia-China - Pakar