web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Disyor Lakukan Kajian, Pemeriksaan Kesihatan Mental Berkala Di Sekolah Rendah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 4:49PM

Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran agar melakukan kajian dan pemeriksaan mental secara berkala bermula dari bangku sekolah rendah.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sejarah individu yang mengalami gangguan mental mendapati masalah itu mula ‘berkembang’ sejak pesakit masih kecik.

Menurut beliau,  pengesanan gangguan mental peringkat awal akan dapat membantu individu yang menghadapi masalah kesihatan itu.

“Contohnya dari trauma-trauma yang dihadapi sejak kecil yang menjadi gangguan sehingga dewasa. Program pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dimulakan dari sekarang.

“Ini kerana kita mahu mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental ini sedar sejak dari awal, oleh itu kita dapat bantu dari peringkat awal,” katanya ketika membahaskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) di Dewan Rakyat, hari ini.

Noraini berkata, kebanyakan gejala masalah kesihatan itu dialami rakyat tanpa mereka sedari sehingga terpaksa mendapatkan bantuan.

“Lebih menyedihkan, mereka baru sedar akan masalah itu hanya setelah gangguan menjadi semakin teruk dan ‘berkembang’ menjadi penyakit mental yang memerlukan kebergantungan kepada ubat penenang,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, peranan kaunselor di sekolah perlu diperkemaskan bagi memastikan pemeriksaan kesihatan mental berkala boleh dijalankan di premis berkenaan.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) boleh menjayakan cadangan itu kerana ia bukan sesuatu yang mustahil.

“Sebagaimana sejak di bangku sekolah rendah, anak-anak kita mendapat pemeriksaan gigi dan program imunisasi secara berkala, maka pemeriksaan kesihatan mental juga boleh dilakukan dengan kaedah sama.

“Ini adalah langkah holistik yang boleh dimainkan kerajaan melalui kaunselor di sekolah agar kesedaran terhadap kesihatan mental rakyat dapat dibentuk, selain mengesan secara awal murid yang mempunyai masalah itu,” katanya.

Bagi memenuhi aspirasi itu, Noraini berkata, jumlah kaunselor berdaftar di negara ini peru ditingkatkan dengan lebih agresif kerana jumlah terkini tidak dapat memenuhi tuntutan kesihatan mental rakyat Malaysia.

“Berdasarkan statistik Lembaga Kaunselor pada Ogos lalu, hanya terdapat 10,136 jumlah kaunselor berdaftar di Malaysia, sedangkan negara memerlukan 60,000 kaunselor berdaftar bagi memenuhi tuntutan kesihatan mental rakyat Malaysia.

“Jumlah 10,136 itu terlalu sedikit dengan jumlah sebenar yang diperlukan iaitu seorang kaunselor bagi setiap 500 rakyat Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Noraini turut memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi Program Psikiatri dan Kesihatan Mental seperti cadangan awal Belanjawan 2023.

Beliau berkata, kerajaan pada asalnya memperuntukkan sebanyak RM413.58 juta untuk program tersebut sebelum ia dirombak semula menjadi RM335.97 juta.

“Melihat kepada trend peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat, saya berpendapat kerajaan perlu mengambil serius isu ini dan memberi peruntukan tambahan bagi menanganinya secara komprehensif,” katanya. – Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 5 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad