web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Buat Notis Merah Interpol, Percepat Usaha Bawa Pulang Jho Low

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 1:51PM

Jho Low telah dituduh secara in absentia dengan satu pertuduhan di bawah subseksyen 28(1)(c) dan dibaca bersama seksyen 23 Akta SPRM 2009 pada 9 Februari 2020 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  telah membuat Notis Merah Interpol terhadap ahli perniagaan yang terbabit dalam skandal penyelewengan dana  1Malaysia Development Berhad (1MDB),  Jho Low sejak dari 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, semua proses itu adalah bagi mempercepat usaha membawa pulang suspek utama skandal 1MDB itu.

Menurut beliau, ia termasuk menggunakan pelbagai saluran diplomatik.

“Jho Low telah dituduh secara in absentia dengan satu pertuduhan di bawah subseksyen 28(1)(c) dan dibaca bersama seksyen 23 Akta SPRM 2009 pada 9 Februari 2020.

“Jho Low turut berdepan tiga pertuduhan di bawah subseksen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 pada 29 Jun 2019,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, sebagai balasan terhadap soalan dikemukakan Lim Guan Eng (PH - Bagan).

Guan Eng dalam soalan bertulis meminta kerajaan menjelaskan sejauh mana usaha telah diambil untuk mengesan dan menahan Jho Low.

Sidang Dewan juga diberitahu, SPRM sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa luar negara bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan Jho Low.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho ialah ahli perniagaan Malaysia yang kini bergelar pelarian, susulan pembabitan dalam skandal 1MDB.

Selain pihak berkuasa tempatan, dia turut menjadi buruan pihak berkuasa antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada 12 Mei lalu dilaporkan berkata, siasatan polis ke atas Jho Low terus berjalan walaupun dia masih gagal ditangkap sehingga hari ini. - Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad