web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Jual Produk Berunsur LGBT, 11 Butik Swatch Diserbu, Koleksi Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 7:22AM

Sebelas butik jam terkemuka jenama Swatch diserbu Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 13 dan 14 Mei lalu kerana menjual produk berunsur LGBT - Gambar laman web Swatch

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelas butik jam terkemuka jenama Swatch diserbu Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 13 dan 14 Mei lalu kerana menjual produk berunsur LGBT.

Memetik laporan The Edge, serbuan berkenaan turut melibatkan rampasan produk dari koleksi ‘Pride’ yang bertemakan warna pelangi.

Difahamkan, serbuan itu dibuat ke atas butik di pusat beli belah terkemuka, antaranya Pavillion KL, One Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah.

Operasi sama turut memberi amaran ke atas butik Swatch di pusat beli belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bharu dan Kuching, Sarawak. 

Serbuan terbabit dipercayai susulan kepada hantaran di media sosial, yang mengaitkan penjualan jam dari koleksi ‘Pride’ itu dengan sokongan ke atas kumpulan rock terkenal British, Coldplay.

Penganjuran konsert Coldplay di ibu negara yang dijadualkan berlangsung 22 November nanti menjadi isu hangat, apabila ada pihak mendakwa kumpulan terbabit menyokong komunuti LGBT.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr dipetik sebagai berkata, syarikatnya sejak sekian lama sememangnya terkenal dengan rangkaian produk berasaskan jam tangan yang berwarna-warni.

Menurut beliau, kesemua produk dipasarkan tidak membahayakan sesiapa, sebaliknya membawa mesej keamanan dan kasih sayang.

“Produk kami tidak memiliki unsur politik dan kami tertanya-tanya, bagaimana KDN mahu merampas setiap pelangi yang muncul di kaki langit Malaysia,” katanya. 

Sehingga berita ini ditulis, The Edge diberitahu pihak Swatch sedang membuat rayuan kepada kementerian terlibat agar semua koleksi yang dirampas itu dipulangkan semula. - Getaran, 23 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Saifuddin Tunggu Laporan Penuh Serbuan Kedai Swatch Sebelum Beri Komen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan