web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impian Pemuda Beli Kereta Punah Selepas Wang RM90,000 Disonglap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 8:27PM

Hasrat seorang lelaki untuk memiliki kereta tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian hingga RM90,000. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Wang sudah dibayar, tetapi kereta tidak sampai ke tangan.

Itu nasib dialami seorang lelaki tempatan yang menjadi mangsa kes urusan jual beli kenderaan jenama Honda jenis HRV, membabitkan kerugian RM90,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 12 Mei lalu menerima satu laporan polis daripada mangsa yanf berumur 36 tahun itu.

“Pengadu memaklumkan berurusan dengan satu lelaki tempatan (suspek) yang bekerja sebagai ejen jualan di satu daripada syarikat kenderaan terkemuka di Jalan Damansara, di sini pada 9 Januari tahun ini.

“Pada masa sama, pengadu sudah membuat bayaran tempahan berjumlah RM500 kepada suspek dan bayaran terbabit diserahkan kepada pihak syarikat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Amihizam Abdul Shukor
Amihizam Abdul Shukor

Beliau berkata, pada 29 April hingga 4 Mei lalu, pengadu mengatakan sudah membuat pembayaran secara tunai dan pindahan dalam talian ke nombor akaun syarikat, seperti diberikan suspek.

Namun, katanya, pada 11 Mei, mangsa menerima panggilan telefon daripada pengurus pusat pameran yang memaklumkan, pihak mereka masih belum menerima bayaran pendahuluan.

Mangsa juga dimaklumkan bahawa suspek tidak lagi bekerja dengan syarikat mereka.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Amihizam berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabkan ramai mangsa terpedaya.

“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan boleh dimaklumkan kepada pihak berkuasa dengan menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997, Hotline Polis Brickfields (03-22979222), Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21460584/0585) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, masyarakat sekali lagi diingatkan supaya tidak mudah terperdaya dengan pelbagai taktik digunakan sindiket penipuan.

Katanya, masyarakat juga harus sentiasa berwaspada dengan perkara itu dan mengelak daripada memberikan sebarang maklumat, terutamanya perincian peribadi.

“Banyak kali kita dah jelaskan, macam-macam nasihat kita bagi, masih ada yang kena tipu juga, kadang tak tahu bagaimana lagi nak jelaskan,” katanya baru-baru ini. – Getaran, 21 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad