web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Gendang Sudah Dipalu, Perkukuh Kebersamaan, Henti Bernostalgia - Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 5:21PM

Ahmad Zahid (tengah) bersalam dengan delegasi yang hadir pada Konvensyen Negeri 2023 Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah di Alor Setar, hari ini. - Gambar dari Facebook Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan jentera di antara parti di bawah Kerajaan Perpaduan, sedang diperkukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mengsahkan perkara itu, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengukuhan persediaan itu adalah bagi memastikan keyakinan rakyat kepada parti dapat diterjemah dalam pilihan raya berkenaan.

“Gendang sudah dipalu. Bermusyawarahlah. Perkukuhkan kebersamaan ini hingga ke peringkat akar umbi.

“Semoga usaha jentera Kerajaan Perpaduan hari ini dapat diterjemah sebaiknya di atas kertas undi. InsyaAllah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian pada Konvensyen Negeri 2023 Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah di Alor Setar, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Menurutnya, tumpuan terhadap isu keterjaminan makanan melalui hasil padi, pemerkasaan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), permasalahan isu air, pendidikan, peluang pekerjaan dan telekomunikasi, menjadi wadah konvensyen sebagai sandaran untuk dipilih rakyat negeri berkenaan nanti.

Konvesyen Perpaduan itu, katanya, adalah yang pertama diadakan di peringkat negeri.

“Saya ucapkan tahniah kepada Kedah kerana terus mengadakan penyelarasan di peringkat negeri, selepas berlangsungnya Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, tempoh hari,” katanya.

Dalam ucapannya ketika acara di negeri itu juga, Ahmad Zahid mengingatkan kepemimpinan gabungan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) agar memberi tumpuan kepada usaha membawa kemenangan kepada parti pada PRN Kedah, berbanding hanya memikirkan soal ‘poster boy’.

Malah, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap pemimpin parti itu perlu memberi komitmen penuh.

Ujarnya, komitmen tersebut perlu diberikan seiring dengan formula terbaik berdasarkan pengalaman dan kepakaran masing-masing untuk menawan negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), termasuk Kedah.

“Lupakan soal ‘poster boy’. Fikirkan untuk menang dahulu, seperti di Kedah dapatkan 19 kerusi dahulu. Apabila sudah menang baru fikir soal poster boy. Itu bukan hak kita untuk tentukan tetapi hak Sultan.

“Atas dasar itulah saya yakin dalam kalangan parti, termasuk di Kedah, ketepikan perbezaan, kena ketepikan perbalahan dan komited untuk menang,” katanya.

Presiden UMNO itu berkata, kedua-dua gabungan berkenaan perlu menggunakan titik kebersamaan dan berhenti bernostalgia demi mengukuhkan parti ketika menghadapi PRN kelak.

“Dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan jadi kawan. Cukuplah kita terus bernostalgia dan berada di titik perbezaan, sekarang kita mahu cari titik persamaan,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, semua calon yang dipilih gabungan tersebut perlu bekerja keras, termasuk dalam kalangan ahli dan bukan ahli, bagi menawan pengundi. – Getaran, 21 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan