web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Larangan Merokok Bukan Hukuman, Tetapi Demi…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 2:00PM

Larangan itu bertujuan mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada golongan perokok serta perokok pasif, iaitu mereka di sekeliling. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Larangan merokok dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), bukan bertujuan untuk menghukum perokok, tetapi ia dilaksanakan demi menjamin kesihatan awam.

Menurut KKM, larangan itu bertujuan mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada golongan perokok serta perokok pasif, iaitu mereka di sekeliling.

“Pengguna rokok elektronik atau vape juga boleh membahayakan orang di sekeliling.

“Ia dinilai berdasarkan kajian terkini dijalankan di peringkat antarabangsa,” menurut KKM menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, KKM menegaskan, perokok dan pengguna rokok elektronik atau vape diseru untuk berhenti merokok mengikut kaedah rawatan diiktiraf KKM.

“Pendaftaran ke perkhidmatan berhenti merokok mQuit boleh dibuat melalui laman sesawang,” tegasnya.

KKM memaklumkan, baru-baru ini satu Operasi Mega Bersepadu dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan membabitkan anggota penguatkuasa, selain anggota daripada Bahagian Kawalan Penyakit, Sektor Inspektorat dan Perundangan kementerian berkenaan.

Jelasnya, operasi itu menyasarkan tempat larangan merokok, seperti premis makan, kompleks membeli belah, hentian awam dan hospital.

Fokus utama operasi itu, katanya, adalah kepada premis makan yang menyaksikan paling banyak aduan diterima.

Sebanyak 96 notis kesalahan, ujarnya, dikeluarkan di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 11, iaitu:

a) 29 notis di premis makan (Per 11(1)(d)

b) Tujuh notis di hospital atau klinik (Per 11(1)(b))

c) 31 notis di kompleks membeli belah (Per 11(1)(n))

d) 13 notis di kenderaan atau gentian pengangkutan awam (Per 11(1)(e)

Bagi kesalahan di bawah Peraturan 12 kepada tuan punya premis:

a) Peraturan 12(1)(a): Dua notis kesalahan terhadap tuan punya premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok

b) Peraturan 12(1)(b): Tiga notis kesalahan kerana gagal memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing (membenarkan shisha).

Bagi kesalahan di bawah Peraturan 13(1), iaitu kesalahan merokok oleh orang belum dewasa, terdapat sembilan notis dikeluarkan.

Manakala, bagi kesalahan dibawah Peraturan 14(1), iaitu kesalahan tiada tanda larangan bagi OBD, dua notis kesalahan dikeluarkan, dengan jumlah kompaun dianggarkan sebanyak RM22,700.

Terdahulu, KKM menegaskan bahawa pihaknya akan terus menjalankan dan mempertingkatkan lagi penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam.

Usaha itu selaras dengan rancangan kerajaan mengharamkan rokok, vape atau semua alat merokok kepada generasi yang lahir selepas tahun 2005.

Menterinya ketika itu, Khairy Jamaluddin berkata, larangan merokok di tempat awam dan kedai makan sudah pun dikuatkuasakan sejak 2019, namun masih ada individu mengingkarinya.

Sikap tidak mematuhi peraturan itu, katanya, adalah satu perkara tidak bertanggungjawab, malah beliau menyifatkannya sebagai ‘damn selfish’ (sangat mementingkan diri). – Getaran, 21 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad