web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendaki Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Dikhuatiri Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 6:10PM

Muhammad Hawari Hashim. - Gambar dari Facebook Malaysia Everest 2023

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendaki orang kurang upaya (OKU) Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Perkara itu disahkan Ketua Misi Ekspedisi, Azim Afif Ishak ketika dihubungi Bernama TV dan operasi pencarian masih dijalankan.

Muhammad Hawari, 33, merupakan OKU pendengaran, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada Khamis.

Azim Afif berkata, setakat ini Hawari masih belum dijumpai dan pendaki OKU itu sudah hilang hampir 24 jam.

Beliau berkata kali terakhir Hawari berjaya dihubungi ketika pendaki itu berada di Kem 4.

Dalam pada itu, menurut laporan media Nepal The Himalayan Times yang memetik kenyataan pengendali ekspedisi Pengarah Pioneer Adventure Nivest Karki, Hawari telah hilang sejak Jumaat dan usaha pencarian masih dijalankan.

Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest bersama pendaki yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Bagaimanapun, Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak gunung Everest.

Allahyarham Awang Askandar disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak gunung Everest. - Gambar dari Facebook Awang Askandar
Allahyarham Awang Askandar disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak gunung Everest. - Gambar dari Facebook Awang Askandar

Sementara itu, seorang lagi peserta pendakian Ayu Wanirah Naharuddin, 30, berkata pasukan itu dalam usaha untuk mencari Muhammad Hawari melalui pemantauan udara, dengan menggunakan helikopter yang disewa khas.

Ayu Wanirah berkata ketika ini Azim Afif dan Sherpa Pioneer Adventure bernama Ngaa Tenji, masih berusaha mengesan Muhammad Hawari di sepanjang laluan yang biasa digunakan oleh pendaki.

“Dengan menggunakan helikopter, pencarian di sepanjang laluan pendakian itu dapat dilakukan dalam masa kira-kira 45 minit dan saya berharap Muhammad Hawari dapat ditemui dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu Ayu Wanirah berkata Muhammad Hawari dan sherpa sepatutnya berehat di Kem 4 selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.

“Saya difahamkan sherpa berkenaan telah tertidur selama kira-kira sejam kerana keletihan, namun selepas terjaga, beliau mendapati Muhammad Hawari tiada di dalam khemah dan cuba mencarinya di sekitar Kem 4, namun gagal menemukannya,” katanya.

Menurutnya sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, mereka juga telah mengupah seramai lapan orang sherpa untuk membantu mencari di Kem 1 hingga Kem 4, tetapi usaha itu masih belum membuahkan hasil.

ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud, memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu bermula 2 April sehingga 2 Jun, dengan mendapat sokongan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Misi itu turut mempromosi perpaduan dan membina bangsa Malaysia melalui kepelbagaian bangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Everest: Operasi SAR Hawari Ditamatkan Awal Sehari

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pendaki Malaysia Stabil, Dirawat Di HCTM UKM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Nepal Bantu Bawa Jenazah Awang Askandar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jenazah Awang Askandar Selamat Tiba Di KLIA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad