web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Terima Menghadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 10:36PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Zhao Leji - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji dan delegasinya di Istana Negara di sini.

Zhao, yang mengetuai delegasi lapan anggota, tiba pada pukul 3 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu Yang di-Pertuan Agong.

Anggota delegasi termasuk Naib Menteri Luar China Deng Li, Setiausaha Agung Jawatankuasa Tetap NPC Liu Qi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi NPC Zhong Shan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Datuk Norman Muhamad.

Zhao, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Malaysia sehingga Sabtu, melawat Johari di Parlimen, semalam dan akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau juga akan ke Melaka, termasuk lawatan ke Jonker Walk, Muzium Warisan Baba & Nyonya dan Selat Melaka sebelum berlepas ke Beijing pada Sabtu.

Malaysia adalah persinggahan terakhir Zhao dalam lawatan tiga negara selepas Morroco dan Senegal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad