web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Teliti Keperluan Pinda Akta Perkhidmatan Pos - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 7:55PM

Akta Perkhidmatan Pos 2012 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan mengenai perlesenan perkhidmatan pos dan pengawalseliaan industri perkhidmatan pos, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 supaya bersesuaian dengan perkembangan semasa bidang perkhidmatan pos dalam negara, kata menterinya Fahmi Fadzil.

“Kita ada lebih kurang lima atau enam akta yang sedang diteliti (untuk dipinda). Terutamanya yang sudah lama tidak dipinda sebagai contoh, Akta Perkhidmatan Pos yang kali terakhir dipinda pada 2012,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Penyiaran Sarawak di sini, hari ini. 

Akta Perkhidmatan Pos 2012 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan mengenai perlesenan perkhidmatan pos dan pengawalseliaan industri perkhidmatan pos, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.  

Katanya antara akta yang sedang diteliti untuk dipinda termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Finas 1981 serta Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia. 

Sementara itu, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan isu menara tiada perkhidmatan (naked tower) terutama di Sarawak. 

“Saya perlu mengadakan pertemuan dengan MCMC dan syarikat telekomunikasi bagi meneliti langkah penyelesaian menyeluruh bagi masalah naked tower.

“Belum ada jangka masa atau rangka masa untuk proses perolehan kerana belum dapat maklum balas (daripada syarikat telekomunikasi) tetapi ia tak akan mengambil masa lama kerana MCMC ada kuasa untuk memberikan arahan tertentu,” katanya. 

Beliau berkata syarikat telekomunikasi perlu bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk menyelesaikan isu internet serta telekomunikasi bagi kepentingan rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar