web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Penerbangan Sehala Ke Sabah, Sarawak Tidak Melebihi RM300

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 4:05PM

Anthony Loke Siew Fook berkata, subsidi tiket penerbangan itu bertujuan membantu rakyat untuk pulang ke kampung halaman bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan, yang akan diraikan pada 30 Mei dan Hari Gawai pada 1 Jun ini - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan memperkenalkan subsidi tiket penerbangan dengan menawarkan tiket sehala dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, tidak melebihi RM300, bermula 20 Mei ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, subsidi tiket penerbangan itu bertujuan membantu rakyat untuk pulang ke kampung halaman bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan, yang akan diraikan pada 30 Mei dan Hari Gawai pada 1 Jun ini.

Menurut beliau, bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan itu dilaksanakan kementeriannya selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri, membabitkan kos antara RM5.8 juta dan RM11.4 juta.

“Inisiatif itu membabitkan kerjasama empat syarikat penerbangan. Kerajaan membeli semua baki tiket dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak dan menjualnya semula kepada rakyat pada harga tidak melebihi RM300.

“Ia juga dijual mengikut harga sebenar tambang jika harga tiket itu kurang daripada harga berkenaan. Harga itu tidak termasuk cukai dan fi. Tempoh perjalanan adalah tiga hari sebelum tarikh bagi kedua-dua perayaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, setakat semalam, baki tiket penerbangan antara Semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah sebanyak 17,708 tiket.

Katanya, daripada jumlah itu, kira-kira 8,903 tiket untuk penerbangan ke Sabah sempena Pesta Kaamatan bagi tarikh 27 hingga 29 Mei ini manakala 8,805 tiket lagi ke Sarawak pada 29 hingga 31 Mei, sempena Hari Gawai.

Dalam pada itu, beliau berkata, memandangkan tiket bagi laluan Johor Bahru ke Sibu bagi tempoh tiga hari sebelum perayaan Hari Gawai sudah habis dijual, kementerian dengan kerjasama Batik Air juga akan menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas dengan kekerapan sekali sehari pada tarikh berkenaan.

“Penetapan harga tambang tetap akan dilaksanakan bermula 12 tengah malam, 20 Mei ini.

“Orang ramai boleh membeli tiket melalui laman sesawang syarikat penerbangan mulai tarikh tersebut,” katanya.  - Getaran, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad