web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Terkandas: Mekanisme Cegah Eksploitasi Migran Diperlukan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 9:10AM

Pardip Kumar Kukreja (kemeja -t putih berbelang biru) melawat pekerja asing Nepal di hostel di Nilai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas ratusan rakyat Nepal berkongsi kisah mengejutkan kerana terkandas di Malaysia dan tidak diberi kerja, walaupun sudah mendapatkan dokumen pekerjaan dan Imigresen terlebih dahulu, kerajaan digesa melihat mekanisme bagi mengelak kes seperti itu berulang.

Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Nepal, Datuk Pardip Kumar Kukreja berkata, pekerja yang berada dalam keadaan tidak diketahui sejurus tiba di negara ini pada Januari masih menunggu untuk memulakan pekerjaan mereka.

Bercakap kepada The Vibes, beliau berkata situasi itu menunjukkan terdapat isu dengan proses membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

Pardip Kumar Kukreja - Gambar oleh Azim Rahman
Pardip Kumar Kukreja - Gambar oleh Azim Rahman

“Jelasnya, (majikan) mendapat kuota daripada kerajaan untuk membawa masuk 300 pekerja ini.

“Tetapi mereka nampaknya membawa masuk (pekerja) tanpa sebarang pekerjaan yang ada.

“Ini adalah masalah struktur yang mesti diselesaikan,” katanya yang juga seorang aktivis kemanusiaan.

Pardip memaklumkan 300 pekerja Nepal terkandas di negara ini kerana majikan mereka dilaporkan gagal menyediakan pekerjaan seperti dijanjikan, hanya akan mencemarkan imej Malaysia dari segi layanan buruh dan hak asasi manusia.

Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengkaji perkara itu dan melaksanakan sistem bagi memastikan majikan dapat melaksanakan pekerjaan yang mereka janjikan.

“Setiap pekerja membelanjakan sehingga 300,000 rupee Nepal (RM10,296) untuk datang bekerja ke Malaysia.

“RM10,296 adalah jumlah wang yang besar dan ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk pekerja ini pulih,” katanya.

Baru-baru ini, Pardip mengetuai sepasukan aktivis melawat pekerja di asrama tempat mereka menginap di Nilai, Negri Sembilan, untuk menyerahkan bantuan.

Beliau juga meluangkan masa mendengar keluahan pekerja yang berkongsi kesusahan dan pengalaman pahit mereka.

“Kami dalam kesusahan berjauhan dengan keluarga di negara asing. Kami berasa keliru dan terpedaya. Tiada seorang pun daripada kami mempunyai banyak wang kerana kami berbelanja

banyak hanya untuk datang ke sini,” kata seorang pekerja kepada The Vibes.

Setakat ini, jelas Pardip, berikutan campur tangan kedutaan Nepal dan Jabatan Tenaga Kerja, pekerja yang terkandas itu menerima gaji dua bulan dengan sebulan lagi masih tertunggak.

Seramai 300 pekerja Nepal itu dijanjikan kerja pembersihan oleh syarikat bernama Star Domain Resources Sdn Bhd dengan gaji RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Malaysia, mereka gagal mendapatkan sebarang kerja.

Semalam, media melaporkan salah seorang migran yang enggan namanya didedahkan mendakwa pihak berkuasa Malaysia berjanji mencari pekerjaan untuk semua pekerja dalam masa dua minggu.

Sekiranya gagal, langkah akan diambil untuk membantu mereka pulang ke negara asal.

The Vibes cuba menghubungi sumber Domain Star untuk mengulas mengenai perkara itu, bagaimanapun, syarikat terbabit gagal memberikan respons yang sewajarnya. – The Vibes, 18 Mei 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad