web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diperdaya, Terkeliru: 'Janji Tinggal Janji', 300 Pendatang Warga Nepal Terkandas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 9:47AM

Seramai 300 pekerja asing Nepal masih terperangkap di Nilai, Negeri Sembilan selepas majikan mereka gagal menyediakan pekerjaan seperti dijanjikan. - Gambar oleh Himanshu Bhatt

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Nasib 300 pendatang warga Nepal yang terkandas di Nilai, Negeri Sembilan masih tidak menentu selepas sebuah syarikat dilaporkan gagal menunaikan janji untuk menyediakan pekerjaan kepada mereka.

Bagaimanapun, menurut seorang daripada mangsa, Salim (bukan nama sebenar), pihak berkuasa Malaysia mengunjungi 300 warga Nepal itu dan memaklumkan sedia membantu mereka mendapatkan pekerjaan dalam tempoh dua minggu atau menghantar pulang ke negara asal jika gagal berbuat demikian.

Namun, individu itu tidak memaklumkan agensi kerajaan mana yang mengendalikan perkara berkenaan.

“Kami berdepan masalah berjauhan dengan keluarga di negara asing. Kami berasa terpedaya dan terkeliru. Tiada seorang pun daripada kami mempunyai wang lebih kerana sudah melabur banyak semata-mata untuk datang ke sini.

Menurut laporan Malaysiakini pada 13 Mei lalu, 300 pekerja asing Nepal masih terperangkap selepas majikan mereka gagal menyediakan pekerjaan seperti dijanjikan.

Laporan itu juga memetik Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan, Roslan Bahari sebagai berkata, pihak berkuasa sudah membuka siasatan ke atas syarikat pengambilan pekerja, Star Domain Resources Sdn Bhd, selain memberitahu kesemua 300 warga Nepal terbabit masih tidak menerima gaji buat kali ketiga.

Jelas Salim, kedutaan Nepal sudah memaklumkan situasi mereka kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa Malaysia juga sudah mendapatkan pasport semua pekerja itu.

“Kami berdepan masalah berjauhan dengan keluarga di negara asing. Kami berasa terpedaya dan terkeliru. Tiada seorang pun daripada kami mempunyai wang lebih kerana sudah melabur banyak semata-mata untuk datang ke sini,” kata Salim ketika dihubungi.

Agensi pengambilan warga Nepal mendakwa sedang menyelesaikan perkara itu.

Iklan mencari pekerja
Iklan mencari pekerja

Semakan dalam talian dilakukan The Vibes mendedahkan, sekurang-kurangnya tiga syarikat Nepal memuat naik iklan mencari pekerja pembersihan daripada Star Domain Resources, iaitu satu daripadanya adalah Anamol Overseas Pvt Ltd.

Menurut iklan terbabit, difahamkan Anamol Overseas sedang mencari 100 pekerja untuk perkhidmatan pembersihan dengan gaji ditawarkan sebanyak RM1,500.

Bercakap kepada The Vibes, jurucakap Anamol Overseas, Niraj Gnawali berkata, syarikat itu menyedari keadaan terbabit dan sudah membuat rancangan untuk membantu pekerja terkandas.

“Kami sedar keadaan itu dan seorang daripada kakitangan kami dalam perjalanan ke Malaysia untuk membantu pekerja.

“Kami juga akan menghubungi Star Domain Resources,” katanya kepada The Vibes.

Sementara itu, mengenai Star Domain Resources, carian syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, ia dimiliki dua pemegang saham yang turut memegang jawatan pengarah, iaitu Gui Chong Siang dan Siow Swee Leong.

Menurut laporan kewangan mereka bagi tahun berakhir 30 Jun 2022, syarikat itu mempunyai RM64,714 dalam aset semasa, manakala liabiliti semasa mereka berjumlah RM85,107.

Syarikat itu juga mengalami kerugian RM50,658 selepas cukai.

Star Domain Resources turut memiliki Facebook dengan beberapa kekosongan jawatan dipaparkan berserta nombor pejabat mereka.

Bagaimanapun, The Vibes gagal menerima maklum balas sewajarnya daripada syarikat itu apabila dihubungi.

Seorang lelaki yang mendakwa hanya tetamu menjawab telefon, mengatakan bahawa dua pemegang saham syarikat itu berada di luar pejabat.

Ketika dihubungi semula, seorang wanita lain yang menjawab telefon, menjelaskan bahawa dia mewakili Star Domain Development Sdn Bhd, iaitu entiti berlainan daripada Star Domain Resources, justeru menegaskan dia tidak boleh mengulas mengenai isu 300 pekerja Nepal itu.

“Orang yang bertanggungjawab untuk Star Domain Resources tiada di sini.

“Saya tidak boleh mengulas mengenai pekerja itu kerana saya tidak terikat dengan syarikat berkenaan,” katanya.

The Vibes tidak dapat mendapatkan nama individu kerana perbualan telefon ditamatkan secara tiba-tiba ketika soalan sedang dikemukakan.

Bagaimanapun, semakan SSM menunjukkan, Star Domain Development sememangnya entiti berasingan, tetapi berkongsi alamat perniagaan sama dengan Star Domain Resources. – The Vibes, 17 Mei 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad