web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hasilkan Puisi Kalimah Allah, Hassan Imbas Kisah ICERD Dan Statut Rom

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 7:01AM

Hassan Abdul Karim - Gambar dari keadilanrakyat.org

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika isu kalimah Allah rancak diperdebatkan, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengambil kesempatan untuk menzahirkan pandangannya dalam bentuk puisi.

Sarat dengan sindiran dan kiasan mendalam, puisi bertajuk Kalimah Allah itu dimuat naik di akaun Facebook miliknya, malam tadi. 

“Jangan diambil mudah
Kalimah Allah
Kalian cuai
Buruk padahnya.

“Angkara siapakah ini semua?
Tiada beban batu digalas
Aku tidak mahu menuding jari
Tetapi,
Akupun ada saham
Membangunkan kerajaan ini,” katanya.

Dua bait berkenaan jelas membayangkan ia ditujukan kepada barisan pemimpin Kerajaan Perpaduan, khususnya pihak yang bertanggungjawab menangani isu berkenaan.

Jelas Hassan, tindakan diambil kerajaan ketika ini seolah mengulangi kesilapan dilakukan lima tahun lalu, apabila meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom.

Keluhnya, hal yang sama kini berulang apabila Peguam Negara memutuskan untuk menarik semula rayuan ke atas keputusan penggunaan kalimah Allah oleh komuniti bukan Islam.

“Takkanlah kalian lupa itu semua
Kealpaan yang sama
Mengundang bencana yang sama

“Penat kami di bawah ini
Mendukung kerajaan ini
Tapi kini,
Kembali de jevu berulang tayang,” katanya.

Penarikan semula rayuan terhadap kes penggunaan kalimah Allah oleh Jabatan Peguam Negara mencetuskan perdebatan hangat sejak beberapa hari lalu, apabila ia didakwa melanggar kesucian Islam sebagai agama rasmi negara.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipetik sebagai berkata, Jemaah Menteri telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan kepada Majlis Raja Raja bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung penggunaan kalimah Allah.

Menurut beliau, cadangan tersebut pada masa sama adalah untuk 
memperkukuh perpaduan serta keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia. - Getaran, 18 Mei 2023
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad