web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rangkaian 5G DNB Akan Terus Digunakan Meskipun Negara Beralih Kepada Dwirangkaian 5G - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 6:17PM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangkaian 5G yang dibangunkan Digital Nasional Bhd (DNB) akan terus digunakan sebagai salah satu daripada dua rangkaian 5G negara apabila negara beralih kepada model dwirangkaian 5G kelak.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata langkah itu selari dengan penubuhan DNB yang bertujuan untuk mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.

“Malah sehingga April ini, DNB telah berjaya membangunkan rangkaian 5G di 59.5 peratus kawasan berpenduduk di negara ini.

“Jadi ia akan terus digunakan, malah rangkaian 5G DNB akan kekal beroperasi dan terus diperluas melangkaui 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” katanya dalam satu temu bual bersama media mengenai hala tuju pelaksanaan 5G di Malaysia di Kementerian Komunikasi dan Digital, di Putrajaya, baru-baru ini.

Fahmi berkata pada awal tahun depan juga, entiti kedua yang akan diwujudkan bakal memulakan pembangunan satu lagi rangkaian 5G untuk negara.

“Jadi seperti sasaran kita, hujung tahun ini rangkaian 5G pertama oleh DNB akan mencapai tahap 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk, dan awal tahun hadapan entiti B (entiti kedua) ini akan bermula daripada kosong, beroperasi secara berperingkat dan akan mencapai liputan setara rangkaian pertama (80 peratus) dalam tempoh lebih kurang dua tahun,” katanya.

Fahmi berkata kerajaan tidak akan mempunyai sebarang pegangan dalam entiti baharu itu malah tidak mempunyai niat untuk terlibat.

Menurut Fahmi, keputusan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu itu selain menukar model pelaksanaan daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian tidak akan memberi kesan buruk kepada pengguna.

Beliau berkata perkara itu merupakan komitmen bersama antara kerajaan dengan syarikat telekomunikasi kepada pengguna terutamanya melibatkan aspek harga pakej yang ditawarkan serta kualiti perkhidmatan.

“Walaupun (tahun hadapan) akan ada entiti A dan entiti B, kita berubah kepada dwirangkaian, kerajaan khususnya melalui MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) ada kuasa untuk pastikan tidak berlaku keadaan yang akan mendatangkan kesan negarif pada pengguna.

“Kita ada Akta Komunikasi dan Multimedia… jika ada dominasi, ada persaingan tidak sihat atau pelanggaran kepada kualiti perkhidmatan yang ditawar kepada pengguna, MCMC boleh keluarkan arahan malah kenakan penalti kepada syarikat berkenaan,” katanya.

Fahmi turut memberi jaminan kewujudan dwirangkaian melibatkan dua entiti berbeza nanti tidak akan menyebabkan sebarang kenaikan kos kepada syarikat telekomunikasi pada peringkat jualan borong.

"Tidak akan ada peningkatan kos jualan borong per gigabait rangkaian kepada syarikat telekomunikasi, ini mustahak kerana akan menentukan harga pakej yang akan ditawarkan syarikat telekomunikasi kepada pengguna.

"Pada masa sama, MCMC mempunyai instrumen mencukupi seperti Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) bagi meletakkan harga siling pada jualan borong seperti yang dilaksanakan 16 Feb lepas untuk perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi,” katanya.

Fahmi turut berkongsi mengenai kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan 5G terutamanya melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara yang dilihat belum mempunyai penyelarasan dalam pelbagai perkara berkaitan perkhidmatan telekomunikasi.

"Ada sesetengah kawasan PBT, ada yang kenakan empat fi, ada yang sampai 14 fi, ada sesetengah PBT pula kenakan caj bagi pemasangan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, tidak benar guna monopol, kena guna paip bawah tanah, jadi perkara ini semua ada kos tambahan.

"Jadi pasukan petugas yang kita tubuhkan Selasa lepas akan turut beri penelitian pada perkara seperti ini kerana saya yakin bila kita perkukuhkan soal pengurusan, kita akan dapat lakukan penjimatan,” katanya.

Menurutnya lagi task force itu juga mengambil iktibar dan panduan daripada kejayaan Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang terbukti mendapat pengiktirafan antarabangsa pada World Summit on the Information Society Prizes 2023 (WSIS Prizes 2023) di Geneva, Switzerland, 14 Mac lepas.

Sementara itu, Fahmi berkata kerajaan kekal tegas dalam aspek keselamatan dalam segenap aspek melibatkan peluncuran rangkaian 5G di negara ini.

"Sebab itu dalam penilaian kita terhadap pelbagai model, pilihan-pilihan yang ada untuk peluncuran 5G ini, isu keselamatan dan kedaulatan negara amat kita tekankan, bukan sahaja berkisar pada model perniagaan dan juga obligasi kontrak, malah isu-isu lain," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek