web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mid Valley Terbakar, Bomba Giat Berusaha Memadamkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 12:21PM

Anggota Bomba memadamkan kebakaran di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall hari ini. - Gambar dari Twitter @KLCCC_DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Warga kota yang melalui sekitar Mid Valley Megamall di sini, pagi ini dikejutkan dengan kepulan asap besar yang kemudian disahkan akibat kebakaran di sebahagian bangunan pusat beli-belah itu.

Susulan itu, Pusat Arahan dan Kawalan Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Twitter mengesahkan kebakaran itu dan menyatakan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang berusaha memadamkannya.

“Dua lorong di sekitar pusat beli-belah itu ditutup kepada lalu lintas untuk memberi laluan kepada jentera bomba dan anggota.

“Trafik dikawal polis bantuan di lokasi itu,” menurutnya.

Kerja-kerja memadamkan api sedang dilakukan oleh Bomba. - Gambar dari Twitter @KLCCC_DBKL
Kerja-kerja memadamkan api sedang dilakukan oleh Bomba. - Gambar dari Twitter @KLCCC_DBKL

Malah, ia menyebabkan trafik di sekitar Mid Valley, termasuk di Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) perlahan.

The Vibes pula melaporkan, orang ramai berkongsi situasi mereka menerusi WhatsApp yang memaklumkan mereka ‘terkandas’ di parkir bawah tanah Mid Valley dan The Gardens Mall.

Ia kerana palang boom di parkir itu berhenti berfungsi dan mereka juga tidak dapat menggerakkan kenderaan untuk berundur kerana terdapat kereta di belakang.

Kawasan parkir itu juga dikatakan gelap gelita dan hanya diterangi lampu kenderaan akibat terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba.

Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City menerusi catatan di Facebook, mengesahkan berlaku kebakaran di pusat beli-belah itu, dengan menyatakan ia berpunca daripada pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Katanya, Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak, sebaik pihak berkuasa mengesahkan kawasan itu selamat.

Insiden bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi itu, turut dikongsikan meluas pengguna media sosial, dengan sebahagiannya memuat naik foto menunjukkan kebakaran berkenaan.

“Mid Valley terbakar guys,” kata @FirdausAziz_XD.

“Mid Valley terbakar, sesiapa nak ke Mid Valley atau lalu Mid Valley ikut jalan lain, jalan jammed (sesak) teruk,” tulis @MADidham.

Malah, ia menyebabkan trafik di sekitar Mid Valley, termasuk di Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) perlahan.

The Vibes pula melaporkan, orang ramai berkongsi situasi mereka menerusi WhatsApp yang memaklumkan mereka ‘terkandas’ di parkir bawah tanah Mid Valley dan The Gardens Mall.

Ia kerana palang boom di parkir itu berhenti berfungsi dan mereka juga tidak dapat menggerakkan kenderaan untuk berundur kerana terdapat kereta di belakang.

Kawasan parkir itu juga dikatakan gelap gelita dan hanya diterangi lampu kenderaan akibat terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba.

Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City menerusi catatan di Facebook, mengesahkan berlaku kebakaran di pusat beli-belah itu, dengan menyatakan ia berpunca daripada pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Katanya, Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak, sebaik pihak berkuasa mengesahkan kawasan itu selamat.

Insiden bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi itu, turut dikongsikan meluas pengguna media sosial, dengan sebahagiannya memuat naik foto menunjukkan kebakaran berkenaan.

“Mid Valley terbakar guys,” kata @FirdausAziz_XD.

“Mid Valley terbakar, sesiapa nak ke Mid Valley atau lalu Mid Valley ikut jalan lain, jalan jammed (sesak) teruk,” tulis @MADidham. – Getaran, 17 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar