web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JIM Perkenal Syif Baharu Anggota Imigresen Atasi Kesesakan Pintu Masuk Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 8:00PM

Saifuddin Nasution (kiri) ditemani Ruslin Jusoh pada sidang media selepas menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri JIM di sini, hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Bagi mengurangkan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Jabatan Imigresen (JIM) akan melaksanakan syif tugasan baharu untuk pegawai dan anggotanya, bermula 21 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syif baharu dilaksanakan di dua pintu masuk negara itu juga adalah antara usaha penambahbaikan diambil kementeriannya dan JIM untuk menjaga kebajikan kakitangan agensi terbabit.

Katanya, ketika ini, syif pagi pegawai dan anggota CIQ di BSI serta KSAB adalah antara 7 pagi hingga 4 petang, 3 petang hingga 11 (syif petang) serta 11 malam hingga 8 pagi (syif malam).

“Sekarang (syif baharu), 9 pagi hingga 6 petang untuk syif pagi, 4 petang hingga 12 tengah malam (syif petang) dan 12 tengah malam hingga 9 pagi (syif malam).

“Pertukaran ini tidak membabitkan syif waktu puncak, iaitu 4 pagi hingga 8 pagi kerana kita tak mahu ada gangguan langsung ketika tempoh terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri JIM di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Saifuddin Nasution berkata, pihak kementeriannya serta JIM sudah melaksanakan ‘dry run’ (sesi percubaan) dan ternyata pertukaran syif itu dapat membantu mencapai matlamat.

“Kita dapati perubahan syif ini dari sudut kebajikan pegawai dan anggota terjaga, sebab ia tidak begitu ketara untuk mereka menyesuaikan diri dengan waktu baharu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, JIM memiliki pegawai dan anggota Imigresen baharu bagi melaksanakan tanggungjawab mereka bersama agensi itu.

“Jadi, kita membuat keputusan mulai 22 Mei ini, seramai 100 pegawai dan anggota itu kita tempatkan di BSI dan KSAB serta 100 lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tambahan ini akan membantu mengurangkan kesesakan di situ.

“Dengan 1,600 pegawai dan anggota serta lebih 200,000 kenderaan sehari melaluinya, sudah tentu BSI dan KSAB yang menjadi pintu masuk kedua tersibuk di dunia, menyaksikan JIM memikul tugasan besar.

“Jadi kementerian ambil pelbagai usaha untuk redakan kesesakan ini, justeru saya umumkan inisiatif tambahan,” katanya.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga dalam usaha mengubah suai laluan kereta, bagi ‘menggabungkan’ proses pemeriksaan dokumentasi dan pembayaran yang sebelum ini dibuat di dua kaunter berasingan kepada hanya satu hentian.

“Sebelum ini, kenderaan dari Singapura akan berhenti di kaunter pertama bagi memeriksa serta cop pasport dan kemudian melalui pula kaunter TnG untuk bayaran.

“Jadi sekarang dua hentian kita sekalikan, bila kita buat ini (sekalikan dua kaunter menjadi satu), kita jimat tiga hingga lima saat,” katanya.

Ujarnya, pengubahsuaian itu akan disiapkan pada Ogos ini dan ia diyakini mampu menjimatkan masa serta mengurangkan kesesakan di pintu masuk berkenaan.

“Saya sendiri pun turun dengan Menteri Besar Johor dan buat penilaian, kita yakin penggabungan dua-dua kaunter ini akan menjimatkan masa serta mengurangkan kesesakan.

“Malah, kita juga mengalihkan tempat pengurup wang di situ yang menjadi antara punca kesesakan,” katanya. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar