web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘16 Mei Tarikh Besar Untuk Kita Kenang, Imbau Jasa Guru’ – PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 12:12PM

Anwar Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas segala ilmu dan bakti yang dicurahkan guru-guru yang pernah mendidik beliau - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru dan warga pendidik di negara ini.

Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas segala ilmu dan bakti yang dicurahkan guru-guru yang pernah mendidik beliau.

Menurut beliau, 16 Mei adalah tarikh besar ketika orang ramai mengenang dan mengimbau jasa dan pengorbanan guru membangun bangsa dan masyarakat.

“Semoga ilmu yang dicurahkan memanusiakan kita dan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, komitmen dan keringat kalian amat saya sanjungi.

“Terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini yang turut memaparkan poster ucapan Hari Guru.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI' diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan akan mengumumkan beberapa berita gembira kepada golongan pendidik, sempena Sambutan Hari Guru 2023 peringkat kebangsaan.

“Berita gembira? Tak perlu tunggu PM (Perdana Menteri) umumkan, Menteri Pendidikan (sendiri) akan umumkan. Jadi, tunggu esok kita umumkan,” katanya.

Beliau berkata, pengumuman itu dijangka mampu memberi semangat kepada guru di negara ini untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan berdedikasi dalam melahirkan modal insan terbaik di negara ini.

Malah, katanya, ia turut memberi impak kepada keseluruhan sistem pendidikan negara ketika ini. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar