web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hidup Daif 20 Tahun, Ibu 3 Anak Ucap Terima Kasih Kepada 'Kak Wan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 4:56PM

Dr Wan Azizah pada majlis penyerahan kunci di bawah Program Rumah Kasih Harapan Kak Wan di sini, hari ini. - Gambar ihsan Facebook Azman Abidin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehidupan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan daif selama 20 tahun berubah hari ini selepas menerima semula kunci rumah mereka di Apartment Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, di sini yang selesai diubah suai di bawah Program Rumah Kasih Harapan Kak Wan. 

Menzahirkan rasa syukur, Hamidah Moin, 63, yang mewakili keluarganya untuk menerima kunci daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, lega bantuan dihulurkan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban beliau dan suaminya, terutama dalam menyelenggara rumah.

Ibu kepada tiga orang anak termasuk seorang daripadanya kurang upaya masalah pembelajaran itu selama ini membantu suaminya yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dengan mengumpul besi buruk untuk menampung perbelanjaan harian keluarga.

“Saya gembira dengan keadaan rumah yang sudah berubah dan lebih selesa kini untuk tinggal… terima kasih kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci berkenaan. 

Program perintis itu dianjurkan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dengan kerjasama Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak sebagai antara rakan strategik. 

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga isteri kepada Perdana Menteri berkata program tersebut bertujuan membantu golongan B40 yang mempunyai rumah sendiri tetapi hidup dalam keadaan kurang selesa. 

"Saya percaya ia sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. 

“Konsep Malaysia MADANI perlu diterjemahkan sehingga sampai kepada golongan yang memerlukan supaya keselesaan dapat dirasai bersama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak Azman Abidin berkata program itu selepas ini akan dikembangkan ke perumahan lain di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak termasuk Perumahan Awam Sri Pulau Pinang bagi menyantuni warga Cina dan India daripada golongan B40. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar