web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Komitmen, Ketegasan Anwar Jelas Dilihat Sejak Dilantik Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 9:12AM

Masyarakat sudah mula menerima Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar yang berusaha memastikan kestabilan politik dan ekonomi berada di tahap selesa - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, komitmen dan ketegasan ditunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawabnya, terutama menguruskan masalah rakyat dapat dilihat jelas.

Pegawai Penyelidik Kanan Merdeka Center, Fakhrurrazi Rashid berkata, sejak memegang mandat itu selepas Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15) lalu, masyarakat juga sudah mula menerima Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar yang berusaha memastikan kestabilan politik dan ekonomi berada di tahap selesa.

Katanya, ia kerana rakyat tidak mahu lagi mendengar perkara mengenai tekanan atau percaturan politik yang sebenarnya tidak menguntungkan mereka atau negara.

“Kalau ada sekalipun yang ingin mencabar kedudukan kerajaan dan sebagainya boleh dikemukakan dalam Parlimen.

“Ini sudah dibuat Kerajaan Perpaduan seawal pembentukannya dengan masuk ke Parlimen dan buat undi percaya, malah ia adalah satu proses baru dalam politik Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Pantau Agenda Reformasi terbitan Astro AWANI, malam tadi.

Pada masa sama, Fakhrurrazi berpendapat, Kerajaan Perpaduan perlu dikekalkan sehingga tamat tempoh penggal lima tahun.

Ujarnya, ia adalah bagi memastikan pemain industri pelaburan yakin dengan suasana politik negara, seterusnya akan membawa manfaat kepada ekonomi Malaysia.

Fakhrurrazi berkata, tempoh itu juga disifatkan genting bagi Perdana Menteri serta Jemaah Kabinetnya untuk mempersembahkan keterangkuman visi, seperti dijanjikan kepada rakyat sebelum PRU-15 lalu.

Tegasnya, masalah dihadapi negara pada hari ini adalah mentaliti yang dipengaruhi dengan politik lama, iaitu sekiranya kerajaan negeri berubah, kerajaan Persekutuan kena bertukar.

“Saya lihat perkara ini tidak seharusnya berlaku. Kita perlu lihat negara jiran seperti Indonesia, Filipina yang menyaksikan pilihan raya berlaku setiap bulan di mana kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri, mereka ada perbezaan pandangan, tetapi tidak sampai untuk jatuhkan kerajaan atau menyebabkan kerajaan itu terbubar,” katanya.

Justeru, beliau berkata, bagi keputusan pilihan raya akan datang, semua pihak perlu bersepakat bahawa Kerajaan Perpaduan harus mentadbir hingga tamat penggal itu sendiri.

“Kerana kestabilan yang kita mahukan. Bukan saja masyarakat tetapi industri juga. Industri turut tertanya, bagaimana kita nak melabur sekiranya politik di Malaysia tidak begitu stabil,” katanya. - Getaran, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad