web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baki Penduduk Tanah Putih Baru Diminta  Segera Jalani Ujian COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 2:00PM

Abd Jalil Hassan meninjau sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Lumpur, dekat Kuantan, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis Pahang meminta kerjasama daripada baki 10 peratus penduduk yang meninggalkan kawasan Tanah Putih Baru sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 5 Mei lalu, tampil membuat ujian calitan segera.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini seramai 170 daripada kira-kira 200 penduduk yang dilaporkan 'hilang' sebelum pelaksanaan PKPD di kawasan itu sudah tampil membuat ujian calitan masing-masing di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, dekat Teluk Sisek, minggu lalu.

"Ketika pemeriksaan awal kita lakukan, memang ada yang meninggalkan kediaman sebelum PKPD dikenakan di kawasan berkenaan.

"Namun, selepas pengumuman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Pahang, ramai yang sudah tampil membuat ujian (calitan) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

"Kita anggarkan antara 20 hingga 30 orang lagi yang belum tampil dan meminta mereka segera berbuat demikian, memandangkan peluang untuk mereka melakukan ujian (calitan) di Dewan Jubli Perak sudah berakhir, kita harap mereka segera tampil membuat ujian serupa di mana-mana pusat kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meninjau sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Lumpur, dekat sini, pagi tadi.

Turut serta dalam tinjauan itu Setia Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Abd Jalil turut memaklumkan bahawa sebanyak 39 sekatan jalan raya dilakukan PDRM Pahang, terutamanya di sempadan negeri dan daerah, selain di beberapa lokasi dikenal pasti sebagai lorong tikus, bagi menghalang aktiviti rentas daerah dan negeri secara tidak sah.

"Setakat ini PDRM Pahang sudah meluluskan 2,306 permohonan merentas daerah dan negeri kerana mempunyai alasan yang memuaskan, manakala 133 lagi permohonan terpaksa kita tolak kerana menggunakan alasan tidak logik.

"Kita juga berharap semua penduduk di Pahang dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan jika semua pihak boleh memberikan kerjasama, InsyaAllah, saya percaya negeri Pahang boleh menjadi negeri pertama yang keluar dari masalah COVID-19 dan seterusnya diisytiharkan negeri hijau seberapa cepat yang mungkin," katanya. - Getaran, 13 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar