web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konvensyen Kerajaan Perpaduan Beri Isyarat Jelas Kestabilan Kerajaan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:32PM

Fahmi (duduk) ketika mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu. - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang diadakan esok memberi isyarat jelas bahawa kestabilan kerajaan kini akan menjadi asas kepada pembangunan negara serta kemakmuran rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini kerana jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua Ahli Parlimen dari Kerajaan Perpaduan untuk turut serta dalam konvensyen berkenaan memberi isyarat yang sangat positif tentang kestabilan kerajaan ini.

“Perkara itu bagi saya adalah simbol dan signal yang paling penting dan jelas daripada konvensyen ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Bersama Menteri dan Warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Terengganu di Auditorium RTM, di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata amanat Perdana Menteri serta barisan pimpinan utama dalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung selepas 3 petang.

Konvensyen itu dijangka menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada 19 parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Konvensyen itu bermula pada 10 pagi dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, masing-masing di Dewan Merdeka dan Dewan Tun Hussein.

Mengenai pembahagian kerusi parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, Fahmi berkata perbincangan masih berterusan dan mungkin telah mencapai 80 peratus perkembangan mengenai perkara itu.

“Setiap negeri ada dinamik sendiri…proses itu masih berterusan dan jangkaan saya mungkin tidak banyak lagi yang perlu kita selesaikan tetapi angka penuh dan terkini perlu rujuk pimpinan lain,” kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu.

Enam negeri yang terlibat PRN ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 16 minit yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad