web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Rekod 14 Kes Strok Haba Setakat Semalam - Lukanisman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 4:54PM

Lukanisman berkata ibu bapa diminta tidak terlalu bimbang untuk hantar anak ke sekolah, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga terutama pengambilan air secukupnya selain tidak melakukan riadah sukan berlebihan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes strok haba akibat cuaca panas setakat semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Suani berkata pihaknya menjangkakan kes strok haba terus meningkat akibat cuaca panas yang berlaku hingga Ogos ini.

“Sehingga semalam, 14 kes dilaporkan namun masih terkawal dan mampu ditampung di fasiliti kesihatan seluruh negara.

"Terdapat enam kes dilaporkan di Kelantan, Sarawak (5) dan Sabah (3) sehingga semalam dengan paling ramai membabitkan golongan dewasa iaitu tujuh kes," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 4th Intermediate Electrocardiogram Conference 2023 anjuran Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata daripada jumlah kes itu, 13 mangsa sudah pulih kecuali satu kes kematian di Kelantan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Menurutnya di peringkat KKM, kepimpinan tertinggi telah melakukan usaha dan mendengar taklimat daripada kementerian berkaitan serta bersiap siaga bagi menghadapi strok haba yang berpanjangan.

"KKM akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menguar-uarkan maklumat dalam televisyen atau media sosial, juga wakil rakyat diminta mengambil peranan supaya menyebar luas tentang senario cuaca panas di negara ini.

"Ketika ini situasi terkawal, fasiliti KKM dan hospital bersedia menerima semua kes seperti strok haba serta kekejangan haba," katanya.

Sementara itu, Lukanisman berkata KKM turut mengenal pasti lokasi yang mengalami suhu tinggi menerusi kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk tindakan segera termasuk menyediakan fasiliti-fasiliti kesihatan.

"Ibu bapa diminta tidak terlalu bimbang untuk hantar anak ke sekolah, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga terutama pengambilan air secukupnya selain tidak melakukan riadah sukan berlebihan.

"Pesawah, peladang dan pekebun juga perlu berhati-hati pada musim panas, perlu berehat dan minum air secukupnya bagi mengelak sebarang insiden," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

4

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan