web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Tong Gas Meletup

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 9:35AM

Seorang lelaki maut selepas tong gas di sebuah bengkel kimpalan di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis, meletup awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PANTAI REMIS - Tindakan cuba memindahkan gas dari tong besar kepada  yang lebih kecil membawa padah apabila seorang lelaki maut selepas tong berkenaan meletup, awal pagi tadi.

Kejadian di sebuah bengkel kimpalan di Kampung Sungai Batu di sini itu mengakibatkan mangsa yang berusia 20-an meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.01 tengah malam tadi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati berlakunya letupan, dipercayai berpunca daripada tindakan memindahkan gas dari tong besar kepada tong kecil.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa  terbabit dalam kejadian letupan di bengkel berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba.

“Bomba sebelum itu bertindak menutup semua injap tabung gas dan melakukan kerja pemantauan untuk melihat jika berlaku sebarang kebocoran gas.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, pihaknya kemudiannya melakukan pemeriksaan susulan bagi memastikan tiada bahan berbahaya di kawasan bengkel berkenaan sebelum menamatkan operasi jam 1.24 pagi. - Getaran, 13 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad