Berita Terkini

16 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sokongan, Komitmen Padu Rakyat Kelantan Perlu Dalam Realisasikan Agenda Malaysia MADANI - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 7:29AM

Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan Perpaduan mengharapkan sokongan dan komitmen yang padu daripada seluruh rakyat Kelantan dalam merealisasikan agenda membangunkan Malaysia MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia merupakan wadah bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan, demi mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum.

"Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa seluruh hak rakyat Malaysia akan sentiasa terbela tanpa mengira agama dan bangsa. Perlembagaan Malaysia, Bangsa Melayu, Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan sentiasa dipertahankan.

"Selain itu kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap amalan rasuah dan penyelewengan dengan melalui reformasi tadbir urus kerajaan yang padu dan dinamik serta memberi fokus kepada pemulihan ekonomi dalam mendukung dan merealisasikan agenda nasional untuk Membangun Malaysia MADANI," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan juga akan sentiasa berlaku adil dan tidak meminggirkan mana-mana negeri meskipun berbeza ideologi politik dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat. 

"Banyak usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk di Kelantan tahun ini seperti meningkatkan akses kemudahan perubatan kepada komuniti setempat dan mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada.

"Kerajaan telah membaik pulih dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan di seluruh Kelantan seperti Bachok, Gua Musang, Jeli, Kota Bharu dan Kuala Krai yang merangkumi 38 fasiliti dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM9.3 juta," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga amat prihatin terhadap isu banjir yang sering membelenggu rakyat Kelantan, dan penyelesaian yang ampuh perlu dirungkai bagi menoktahkan isu banjir itu dengan kadar segera dengan beberapa kajian telah dilaksanakan dalam membendung permasalahan ini.

"Selain itu, pembinaan Jambatan Palekbang akan menjadi pencetus kepada pembangunan baharu di jajahan Tumpat dan merangsang lagi pembangunan sedia ada di Kota Bharu. 

"Reka bentuk jambatan ini merupakan reka bentuk Cable Stayed dengan kepanjangan 1.29 kilometer dan 24 meter lebar yang melibatkan jajaran utama dua arah dua lorong. Projek yang sepatutnya bermula pada tahun ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 10 jam yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 1 hari yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM