web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Notis Penamatan Perolehan SSA TM Dalam DNB Tidak Beri Kesan Pelaksanaan 5G - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 7:05AM

Fahmi Fadzil berkata setakat 30 April lepas, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7 peratus - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Notis penamatan berhubung perolehan perjanjian langganan saham (SSA) yang dikeluarkan Telekom Malaysia Bhd (TM) kepada Digital Nasional Bhd (DNB) tidak memberikan kesan kepada pelaksanaan rangkaian 5G negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Malah Fahmi berkata setakat 30 April lepas, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7 peratus.

“Jadi (pelaksanaan 5G) memang bergerak dan kita menjangkakan menjelang hujung tahun ini kita akan dapat mencapai 80 peratus.

“Apabila kita telah mencapai 80 peratus pelaksanaan rangkaian 5G, maka kita akan ada peralihan daripada satu rangkaian borong kepada dwirangkaian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sekalung Budi bersama Menteri Komunikasi dan Digital di Angkasapuri di sini semalam.

Beliau berkata pengumuman yang dibuat syarikat telekomunikasi itu selaras dengan terma perjanjian yang dari segi prosedur mereka perlu memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa perbincangan sebelum ini telah dihentikan dan sebarang perkara yang telah dipersetujui sebelum ini telah ditarik balik.

“Setelah kerajaan mengumumkan hala tuju baharu untuk pembangunan dan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia, maka dari segi proses dan prosedur mereka kena maklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa perbincangan yang lama dihentikan dan apa-apa yang telah dipersetujui sebelum ini ditarik balik. Bagaimanapun perbincangan baharu akan dimulakan.

“Mereka (syarikat telco) boleh memulakan perbincangan baharu kerana terma kini berbeza,” katanya sambil menambah satu pasukan petugas (taskforce) turut akan dibentuk bagi memantau proses pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.

Semalam, TM telah mengeluarkan notis penamatan kepada DNB, berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma SSA untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB.

Ini berikutan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah luput, menurut TM dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad