web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Norliza Abdul Rahim Pengerusi Baharu PTPTN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 8:13PM

Norliza Abdul Rahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim, dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Norliza mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah, pengurusan harta dan dasar perumahan awam merangkumi sektor kerajaan serta swasta.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan. Semoga dengan lantikan ini, beliau dapat menerajui PTPTN dalam memperkasa fungsi dan peranannya bagi mengurus pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pendidikan tinggi dengan strategik dan inovatif,” katanya.

Pada 8 November 2021, Norliza dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) menggantikan Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menggalas jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Norliza memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan), Ijazah Sarjana Muda Perancangan Kewangan Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan).

Beliau pernah menyelia pelaksanaan lebih 25,000 unit perumahan awam, unit kediaman dan komersial sepanjang perkhidmatan beliau di Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta di Prime View Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah swasta.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam menerajui beberapa syarikat milik kerajaan dan swasta yang tersenarai di bursa merangkumi bidang hartanah, perkapalan dan juga universiti awam dan koperasi.

Selain itu, Norliza pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dari tahun 2011 hingga 2017. – Getaran, 11 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar