web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan ‘Tok Wan’ Tapi Budak 6 Tahun Pandu Sendiri Kereta – Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 8:28PM

Keadaan kereta yang dibawa oleh seorang kana-kanak berusia enam tahun, yang telah terbabas di Jalan Bukit Tangga, Titicawang, Langkawi di Kedah, malam kelmarin. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan kejadian kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu kereta milik keluarganya sebelum terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Tangga, Titicawang, Langkawi di Kedah, malam kelmarin, ada kaitan dengan unsur mistik.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kanak-kanak itu tahu cara memandu kereta dan turut mengetahui fungsi serta kedudukan gear.

“Berdasarkan siasatan didapati kanak-kanak itu juga mengetahui fungsi pedal minyak dan gear automatik, selain memiliki keyakinan dengan menunjukkan bagaimana cara untuk turunkan brek tangan.

“Pemeriksaan rakaman kamera papan pemuka atau dashcam mendapati pemanduan tidak stabil, kadang-kala memasuki lorong bertentangan dan ada ketika ke kiri dan ke kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi oleh ibu bapanya untuk memberi keterangan.
Kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi oleh ibu bapanya untuk memberi keterangan.

Menurutnya lagi, kanak-kanak itu juga boleh menunjukkan cara menghidupkan enjin dengan betul dan berjaya menghidupkannya apabila diminta oleh pegawai penyiasat.

“Oleh itu, kita menolak sebarang unsur mistik dalam kes kemalangan ini seperti mana yang didakwa dan tular oleh pihak tertentu menerusi pelbagai medium media sosial.

“Kanak-kanak terbabit ada dibawa oleh kedua ibu bapa mereka ketika memberi keterangan di Balai Polis Trafik Langkawi, jadi polis sudah menemubual awal mereka sebagai sebahagian siasatan,” katanya.

Jelas beliau, semasa proses temubual itu, kanak-kanak terbabit yang juga pemandu kereta berkenaan menunjukkan cara bagaimana dia memandu pada malam kejadian.

“Kanak-kanak itu mampu memberi penerangan fungsi gear D dan R kepada pegawai penyiasat. Dia juga mengaku berjaya mengundur kereta terlebih dahulu sebelum memandu keluar rumah pada malam kejadian.

“Difahamkan jarak rumah ke kedai yang ingin dituju oleh dua beradik itu adalah sejauh lima kilometer (km), tetapi separuh jalan mereka terbabit kemalangan,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial yang mengaitkan insiden terbabit dengan unsur mistik selepas tular rakaman audio perbualan kanak-kanak itu dengan seorang wanita yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp.

Menurut kanak-kanak itu yang menggelarkan dirinya sebagai abang, dia mendakwa kereta tersebut dipandu seorang lelaki dipanggil ‘Tok Wan’ (gelaran diberikan untuk datuk).

Malah katanya, terdapat beberapa lelaki lain iaitu ‘Pak Lang’ dan ‘pak cik’ turut berada dalam kereta tersebut dan dia hanya duduk di atas riba ‘Tok Wan’.

“Bukan abang bawa (pandu kereta tetapi) ‘pak cik’ dengan ‘Tok Wan’. ‘Tok Wan’ tak (kacak), badan dia panas ada bulu.”

“Pak cik tua tu (itu) la ajaq (ajar). Pastu (selepas itu) ajak pi (pergi) kedai tok (atuk)... Adehh seram eh,” kata hantaran mesej itu. – Getaran, 11 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi