web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seram! Budak 6 Tahun Dakwa ‘Tok Wan’ Badan Berbulu Pandu Kereta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 6:02PM

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera di dagu selepas kereta dipandunya terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Tangga, Titicawang, Langkawi di Kedah. - Tangkap layar dari video tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kisah kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu kereta di Langkawi sebelum terbabas, terus heboh diperkatakan apabila insiden itu dikaitkan pula dengan unsur mistik.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah itu, tular rakaman audio perbualan kanak-kanak terbabit dengan seorang wanita menceritakan kejadian tersebut yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp sejak malam tadi.

Menurut kanak-kanak itu yang menggelarkan dirinya sebagai abang, dia mendakwa kereta tersebut dipandu seorang lelaki dipanggil ‘Tok Wan’ (gelaran diberikan untuk datuk).

@daichidontcare Sila dengar sampai habis #kanakkanak6tahun #3tahun #vios #terbabas #langkawi ♬ original sound - Daichi Dont Care

Malah katanya, terdapat beberapa lelaki lain iaitu ‘Pak Lang’ dan ‘pak cik’ turut berada dalam kereta tersebut dan dia hanya duduk di atas riba ‘Tok Wan’.

“Bukan abang bawa (pandu kereta tetapi) ‘pak cik’ dengan ‘Tok Wan’. ‘Tok Wan’ tak (kacak), badan dia panas ada bulu.

“Pak cik tua tu (itu) la ajaq (ajar). Pastu (selepas itu) ajak pi (pergi) kedai tok (atuk)... Adehh seram eh,” kata hantaran mesej itu.

Cerita kanak-kanak itu lagi, beberapa individu yang dikatakan turut sama di dalam kereta tersebut mengajaknya untuk bermain permainan video.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu mendakwa ‘Tok Wan’ tidak kacak, badan berbulu dan mempunyai suhu yang panas.

“Tidak ‘handsome’, badan dia panas dan ada bulu. ‘Pak Lang’ tak ada bulu, dia bawa gajah ‘handsome’ juga. Pak cik dok (duduk) depan,” katanya.

Sementara itu, dalam rakaman sama dikongsikan di TikTok @daichidontcare, seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya turut mengulas mengenai kejadian berkenaan.

Dia turut hairan bagaimana kanak-kanak lelaki itu, mampu untuk memandu kereta sejauh 2.5 kilometer (km) termasuklah mengundur kereta.

“Yang itu kita pun pening. Kalau kata dia tekan minyak belah (melanggar) dinding rumah itu biasalah. Ini dia boleh keluar daripada rumah, Masuk gear, turun handbrake (brek tangan).

“Itu tak boleh fikir macam mana dia reverse (undur kereta), corner (membelok), masuk balik keluar pergi ke jalan. Lagi satu handbrake itu kalau betul ditarik (kudrat dewasa) setakat tangan budak tak boleh bawa turun, keras.

“Tapi bila kita renung (lihat) balik, cuba tengok dia nak jadi (kejadian berlaku ketika itu) dekat titi cawang itu juga. Kot mana pun aih (tidak kira macam mana juga),” kata lelaki tersebut dalam loghat utara.

Semalam, Getaran melaporkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera di dagu selepas kereta dipandunya terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Tangga, Titicawang, Langkawi di Kedah.

Kejadian itu mengejutkan penduduk kampung yang menyelamatkan mangsa apabila mendapati kereta terbabit dipandu kanak-kanak tersebut bersama adiknya berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kereta tersebut dipandu sejauh kira-kira 2.5 km oleh kanak-kanak terbabit dari rumahnya dari arah Ulu Melaka ke NyiorChabang sebelum terbabas.

“Siasatan juga mendapati ketika kejadian bapa sedang tidur, ibu ada dengan mereka dan kemudian ke bilik air.

“Selepas keluar bilik air ibu mendapati kedua-dua mereka sudah tiada dalam rumah,” katanya.

Ujarnya lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Getaran, 11 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad