web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelombang Ke-3 COVID-19 Lebih Mencabar - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 12:08AM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berdepan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang lebih mencabar susulan kemunculan beberapa varian baharu yang meningkatkan kadar kebolehjangkitan wabak itu di negara ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata negara mencatatkan trend peningkatan kes yang mendadak sejak beberapa minggu lepas dengan kes positif COVID-19 mencecah lebih 4,000 kes sehari sejak beberapa hari lalu. 

Lebih membimbangkan, katanya, terdapat varian baharu COVID-19 di Malaysia yang lebih ganas seperti yang dialami di India, United Kingdom, Brazil, Afrika Selatan dan beberapa negara lain. 

Perdana Menteri menjangkakan jumlah kes harian COVID-19 akan mencecah lima angka dalam tempoh beberapa minggu akan datang jika penularan varian baharu itu tidak disekat. 

"Pada masa itu, seluruh sistem kesihatan negara kita yang sedang berada dalam keadaan yang kritikal pada masa ini akan lumpuh sepertimana yang berlaku di negara lain, pesakit mati bergelimpangan di jalan raya kerana hospital tidak lagi mempunyai kemampuan untuk menerima pesakit," katanya dalam rakaman perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan, malam ini. 

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada Khamis.

Muhyiddin berkata kerajaan boleh menambah jumlah katil, bekalan oksigen dan ventilator memandangkan ketika ini hospital dalam negara hampir mencapai kapasiti maksimum dengan katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin penuh.

Bagaimanapun, beliau berkata sebanyak mana katil dan lain-lain kelengkapan perubatan yang disediakan sekalipun tidak akan mampu menampung jumlah pesakit sekiranya kes positif meningkat dengan mendadak. 

Muhyiddin berkata kawasan yang dahulunya dikategorikan sebagai zon hijau kian bertukar menjadi kuning dan seterusnya merah.

"Kerajaan pada mulanya mengambil tindakan secara bersasar untuk mengekang penularan virus dalam komuniti. Kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri dan daerah. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga dilaksanakan di beberapa kawasan," katanya.

Namun, katanya dalam tempoh beberapa minggu hampir semua kawasan di negara bertukar menjadi zon merah berikutan virus itu menular dengan cepat, dengan hampir 70 peratus kes jangkitan berlaku secara sporadik iaitu penularan dalam komuniti. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad