web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih Sebulan Dihenti, Perkhidmatan LRT 6 Stesen Beroperasi Semula Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 12:09PM

Pembukaan semula itu susulan kerja pembaikan sementara struktur jejambat dan landasan membabitkan stesen berkenaan selesai. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas lebih sebulan diberhentikan, operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen laluan Ampang/Sri Petaling, dibuka semula kepada pengguna bermula 6.00 pagi esok.

Enam stesen LRT itu adalah Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur.

Menerusi kenyataannya, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, pembukaan semula itu susulan kerja pembaikan sementara struktur jejambat dan landasan membabitkan stesen berkenaan selesai.

“Serentak dengan pembukaan stesen tersebut, perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 akan ditamatkan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Getaran melaporkan, operasi perkhidmatan di enam stesen LRT laluan itu, diberhentikan bermula 2 April lalu.

Rapid Rail berkata, keputusan itu diambil pihaknya kerana tren yang digunakan untuk perkhidmatan di antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur, tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada servis atas faktor keselamatan.

Ia susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya, menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lalu.

Mengulas lanjut mengenai pengoperasian semula perkhidmatan di laluan itu, Rapid Rail memaklumkan, kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan, dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober depan.

Seterusnya, operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling itu, katanya, akan kembali beroperasi secara normal.

Ujarnya, jangkaan itu bergantung kepada penilaian dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang terbabit.

“Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang akan menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen berkenaan.

“Perkhidmatan bas perantara ini akan beroperasi menggunakan 10 buah bas dengan kekerapan setiap 10 minit,” katanya.

Selain itu, Rapid Raid berkata, penumpang mempunyai pilihan untuk menggunakan laluan rel alternatif, iaitu mereka yang ingin menuju ke Hang Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel melalui Stesen Titiwangsa.

Manakala, katanya, penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin, boleh menaiki Laluan MRT Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa.

Pada masa sama, Rapid Raid berkata, penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini.

“Anggota operasi rel dan polis bantuan Prasarana akan ditempatkan di stesen terbabit, bagi membantu serta mengawal pergerakan penumpang,” katanya. – Getaran, 11 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam